Masalah menunggang tunggangan yang sekarang kita katakan masalah menaiki kenderaan dan berbagai jenis kenderaan yang lain terdapat padanya sunnah-sunnah dan adab-adab serta akhlak yang sangat banyak. Oleh kerana itu, mungkin kita mengubah tunggangan ini dan apa yang disiapkan Allah SWT untuk kita menjadi kelebihan-kelebihan yang sangat banyak.

Faedah pertama yang telah disyariatkan Allah SWT, dengan firman-Nya : “Dan Dia jadikan untukmu kapal dan bintang ternak yang kalian tunggangi supaya kalian duduk di atas punggungnya kemudian kalian mengingati nikmat Tuhan kalian setelah kalian duduk di atasnya.”

Bila kita menaiki apa-apa kenderaan kita kena ingat siapa yang memberi kita nikmat ini? Doa yang diajarkan oleh Nabi SAW ialah

سُـبْحانَ الّذي سَخَّـرَ لَنا هذا وَما كُنّا لَهُ مُقْـرِنين، وَإِنّا إِلى رَبِّنا لَمُنـقَلِبون

Maksudnya : “Maha Suci Tuhan yang telah menundukkan semua ini (kenderaan) bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya (13) dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami” (14) (Az-Zukhruf : 13 & 14)

ADAB KETIKA MEMBELI KERETA BARU

Jika seseorang membeli kereta baru maka disunnahkan baginya menaikinya dengan mengucapkan basmalah kemudian bersyukur kepada Allah SWT dan men-gucapkan

“ Segala puji bagi Allah atas kurniaan rezeki di luar kemampuan dan kekuatan ku”

Sebelum mula memandu,menyentuhnya atau sebelum pindah milik, disunatkan untuk membaca : “Ya Allah, berikan aku kebaikannya dan kebaikan penciptaannya dan jauhkanlah aku dari kejahatan dan kejahatan penciptaannya” Sunnah membaca doa ini supaya diberkati dan dipelihara oleh Allah.

MENOLONG ORANG LAIN

Nabi S.A.W telah mengajar kita amalan sunnah yang sangat penting. Sabda baginda kepada sahabat: “Barangsiapa yang mempunyai kenderaan lebih maka hendaknya membawa orang yang tidak mempunyai kenderaan” Ini bermaksud sesiapa yang ada kenderaan harus menolong mereka yang tak ada supaya kita tak lupakan orang yang memerlukan. Contohnya anda sedang memandu dan jiran anda perlu menumpang atau anak-anak jiran perlu menumpang untuk ke sekolah dengan anak anda. Ini merupakan fikrah saling membantu antara satu sama lain kerana bukan semua orang memilikki kenderaan.

RASULULLAH S.A.W MENCUCI DAN MEMBERSIHKAN TUNGGANGANNYA SENDIRI

Nabi S.A.W pernah ditawarkan menaiki tunggangan dan duduk di depan. Baginda sedang berjalan ketika itu. orang itu berkata: “Naiklah wahai Rasulullah” Nabi S.A.W bersabda kepadanya: “kamu naiklah” Dia menjawab: “Wahai Rasulullah, naiklah” Baginda bersabda: “Tidak. Tuan tunggangan itu lebih berhak ke atas tunggangannya” Lihatlah betapa mulianya adab baginda. Memadangkan kau tuannya, kaulah yang berhak duduk di depan melainkan kau berikannya kepada ku.

Lalu orang itu berkata: “Wahai Rasulullah, aku berikannya kepada kau “ Kemudian barulah Nabi S.A.W duduk di tempat hadapan itu. Kita boleh praktikkan adab ini ketika menaiki kenderaan orang lain. Kita tak patut terus duduk. Kita sepatutnya tunggu sampai diberitahu di mana kita boleh duduk. Inil adalah untuk memuliakan pemilik kenderaan tersebut.

MANUSIA BIASA MELUANGKAN MASA SELAMA 2 TAHUN DARI UMURNYA DALAM KERETA

Nabi S.A.W ketika berada di atas tunggangan, baginda mengajarkan kita sesuatu. Perkara yang boleh dimanfaatkan adalah jika kita berada lama dalam kereta kita boleh mendengar bacaan Al-Quran. Sesetengah orang boleh hafal Al-Quran kerana mendengar kaset dalam kereta. Sesetengah yang lain pula mendengar syarahan kitab-kitab dalam kereta. Terapat banyak cara untuk memanfaatkannya jika kita sentiasa dekat dengan sunnah Nabi S.A.W.


RASULULLAH S.A.W BERSABDA :“KEBAIKAN TIADA PADA MENUNGGANG KUDA ATAU UNTA DENGAN LAJU, MAKA BERTENANGLAH DAN TUNGGANGLAH DENGAN AMAN”

Antara perkara penting yang perlu disebut adalah gangguan pencemaran bunyi, kemarahan dan antara tempat sering terjadinya perkara-perkara di mana manusia menjadi marah adalah dalam kereta. Terutamanya bila berhadapan dengan jalan yang sesak teruk. Keadaan kesesakan trafik membuatkan manusia sangat tertekan hinggakan membawa kepada perbuatan mencemuh dan mencaci. Nabi S.A.W menegah kita daripada mencaci. Jika berhadapan dengan kesusahan contohilah perkara yang terjadi kepada sahabat yang sedang menunggang keldai bersama Nabi S.A.W, bila terjatuh lalu menyumpah syaitan. Kemudian Nabi S.A.W menoleh kepadanya dan bersabda :

“ Jangan mencaci syaitan kerana jika kau lakukannya, ia hanya akan membuatnya lebih besar sebesar sebuah rumah. Sebaliknya, sebutlah Bismillah. Jika kamu sebut Bismillah, ia akan menjadi kecil sekecil seokor lalat” Manusia yang kemarahan lalu mencaci dan menghina membuatkan jalan-jalan dipenuhi oleh syaitan dan syaitan suka menimbulkan kemarahan. Jadi jika anda berhadapan dengan kesesakan, sebutlah Bismillah.

BAGAIMANA ANDA MENGHARGAI DIRIMU?

Perkara ini sangat penting berkaitan dengan kenderaan. Sesetngah orang menganggap bahawa nilai seorang manusia adalah pada hartanya. Sedangkan niai manusia adalah pada personaliti dan adabnya. Kerana Nabi S.A.W tak memandang semua ini. Baginda pernah menunggang unta, kuda, baghal dan keldai. Namun kini manusia bersusah payah untuk membeli kereta-kereta mewah kerana percaya ia akan menaikkan nilai diri mereka. Perasaan seperti ini tidak seharusnya ada dalam diri manusia.

Secara kesimpulannya, kita boleh mengamalkan banyak adab dan sunnah Nabi S.A.W ketika berada dalam kenderaan yang dipermudahkan Allah S.W.T untuk kita. Kenderaan kita itu boleh bertukar menjadi wasilah untuk kita mengikuti baginda. Setiap jam yang kita luangkan dalam kenderaan akan menambahkan kasih sayang kita kepada Rasulullah. Sekaligus menambahkan kasih sayang kita kepada Alllah S.W.T dengan mencontohi sunnah Nabi S.A.W.

Allah SWT berfirman :

Katakanlah:”Jika kamu benar-benar cintakan Allah ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihimu. (Ali-Imran:31)