NABI IBRAHIM

Dalam kisah Nabi Ibrahim A.S membawa Hajar dan anaknya Nabi Ismail yang ketika itu masih dalam susuan ibunya. Mereka menuju ke Makkah dimana baginda meninggalkan mereka berdua di tanah gersang yang tidak mempunyai sumber air. Kemudian, Nabi Ibrahim meninggalkan mereka berdua disitu. Hajar bertanya mengapa Nabi Ibrahim A.S meninggalkan mereka. Adakah ia merupakan perintah Allah? Nabi Ibrahim menjawab ya. Nabi Ibrahim A.S berlalu meninggalkan keluarganya disitu. Setibanya di sebuah bukit baginda memohon doa kepada Allah seperti dalam Surah Ibrahim ayat 37,


رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ


Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur.(Ibrahim: 37)

Jauh disudut hati Nabi Ibrahim A.S, baginda amat bimbang akan keselamatan Hajar dan anaknya. Namun, baginda yakin Allah pasti menjaga mereka. Nabi Ismail A.S tidak berhenti menangis kerana dahaga adapun bekalan air yang dibawa Hajar telah kehabisan.

Hajar mendaki Bukit Safa dan Marwah secara berulang alik sebanyak tujuk kali untuk mencari sumber air untuk Nabi Ismail yang kehausan. Ibnu Abbas menyatakan: Sabda Rasulullah SAW, “Itulah sa’i yang dilakukan manusia antara Safa dan Marwah”.