Solat Duha

Bila seseorang bangun daripada tidur dan berfikir, tubuhnya sihat dan kuat. Mata telinga dan anggota badannya normal dan sega. Bangun  cergas dengan kelebihan Allah. Berapa nilai syukur yang perlu dibayar atas nikmat Allah ini? Bagaimana kita dapat membalas nikmat Allah ini?

Sabda Nabi SAW seseorang daripada kamu yang berpagi pada setiap sendi badannya sedekah. Setiap tasbih, pujian, takbir, amar makruf dan nahi mungkar merupakan sedekah. Tetapi semuanya itu sempurna dengan dua rakaat solat duha. Cukup kita bersyukur dengan dua rakaat ini. 

Ada nikmat yang lebih besar dari nikmat kesihatan? Kita bersyukur di atas nikmat kesihatan dengan solat duha.  Lihat betapa mulainya Allah kita sekadar perlu dirikan dua rakaat ini. Allah juga berfirman, Jika kamu bersyukur aku akan tambah nikmatku.  Jika bersyukur di atas nikmat kesihatan yakinlah Allah akan tingkatkannya. 

Nabi SAW hantar satu pasukan. Kemudian mereka kembali. Para sahabat pelik dengan rampasan yang banyak. Kami tak pernah melihat serangan paling cepat dan paling banyak harta rampasan. Nabi SAW bersabda Sesiapa yang solat duha, serangannya lebih cepat dan lebih banyak harta rampasan daripada mereka. Dua rakaat solat Duha lebih bermanfaat daripada harta rampasan pasukan itu. 

Siapa yang solat fajar dan duduk di dalam masjid berzikir sehingga terbit matahari lalu solat dua rakaat maka ganjarannya seperti berbuat haji dan umrah dengan sempurna, dengan sempurna, dengan sempurna. Nabi SAW sebut sebanyak tiga kali. Bagaimana kita boleh sia-siakan kelebihan ini? Benda bernilai yang cukup mudah untuk diraih. Ini adalah kelebihan Allah SWT. 

Bagaimana solat Duha dilakukan? Paling kurang dua rakaat, paling banyak antara 4 dan 8 atau tiada had. Tetapi cukuplah dengan dua rakaat. Waktunya panjang dari terbit matahari 16 hingga 20 minit selepas terbit matahari sehingga beberapa ketika sebelum azan zuhur. Solat duha sebelum pergi kerja, solat duha di pejabat, solat duha di institut. Hanya ambil masa dua tiga minit, namun manfaatnya cukup besar. 

Kiat sia-siakan kelebihan ini sedangkan ia amat mudah. Dalam solat Duha Nabi suka baca dua surah iaitu surah Ash-Shamshir dan Ad-Duha. Siapa yang konsisten dirikan solat Duha dosanya akan diampunkan biar dosanya seperti buih laut. 

Nabi SAW menjaga solat Duha. Nabi SAW bersabda Siapa yang menjaga solat Duha dia merupakan Awwab. Apa maksud Awwab? Iaitu hamba yang mendekati Allah. Allah dan para nabi memujinya, sebaik-baik hamba ialah Awwab, iaitu sentiasa berserah diri kepada Allah SWT. Jika jaga solat Duha awak ditulis Awwab.

Jika anda ingin Allah menyayangi anda, anda dengar kelebihan solat Duha daripada Nabi SAW di mana masanya cukup panjang, dan sepatutnya kita dirikan solat Duha demi cinta akan Allah. Semoga kita dapat menjaga solat Duha dan seterusnya dapat bersama dengan Nabi SAW.