Semulia-mulia tempat dan setinggi-tinggi impian yang diimpikan seorang insan dan kita impikan ialah bersama-sama dengan kekasih kita Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat. Ini merupakan kedudukan yang paling tinggi dan terbaik.

Bagaimana seseorang dapat sampai kepada tahap ini? Nabi SAW telah bersabda, “Di antara kamu yang diutamakan denganku pada hari kiamat, ialah kamu yang paling banyak berselawat ke atasku”. Manusia yang paling hampir kedudukannya dengan Nabi SAW adalah mereka yang paling banyak berselawat ke atas Nabi SAW.

Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi, Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan berilah salam penghormatan ke atasnya.”

Allah SWT sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW. Dan selawat Allah SWT ke atas Nabi-Nya merupakan bentuk kasih sayang, keberkatan, kemuliaan dan kehebatan daripada Allah SWT ke atas Nabi SAW yang sentiasa bertambah bagi Nabi SAW dan ia merupakan kunci bagi kita, kepada pengurniaan kasih sayang Allah kepada kita kerana ketika kita memohon dari Allah SWT agar merahmati kekasihNya dan berselawat ke atasnya, maka Allah SWT akan mengasihi kita, mengurniakan sepuluh rahmat dan berselawat ke atas kita sepuluh kali. Berapa banyak selawat yang dibacakan menentukan kedudukan seseorang manusia di sisi Allah SWT.

Pada suatu hari, Nabi SAW keluar dengan sangat gembira dan ceria. Para sahabat berkata “Wahai Rasulullah, kami melihat engkau begitu gembira hari ini? Rasulullah SAW bersabda “Bagaimana aku tidak gembira sedangkan Jibril AS telah turun dan mengkhabarkan kepadaku bahawa Allah SWT berselawat sepuluh kali kepada siapa yang berselawat ke atasku sekali”

Faedah-faedah berselawat ke atas Nabi SAW sangat banyak. Selawat ke atas Nabi SAW merupakan sebab dipenuhi hajat-hajat. Nabi SAW mengkhabarkan bahawa “Sesiapa yang berselawat ke atasku setiap hari 100 kali maka Allah SWT akan memenuhi hajatnya”.

Selawat ke atas Nabi SAW merupakan sebab dihapuskan kegelisahan dan kesedihan. Selawat ke atas Nabi SAW merupakan sebab penerimaan doa, penyembuhan, sebab penurunan hidayah. Selawat ke atas Nabi SAW merupakan sebab penerimaan Allah ke atas seorang hamba dan amalannya. Allah SWT berfirman “Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu (ke atas Nabi SAW) dan berilah salam penghormatan kepadanya”.

Satu soalan penting yang ditanyakan oleh ramai orang iaitu berapa kali sepatutnya seseorang itu berselawat ke atas Nabi SAW dalam sehari sehingga ia menjadi rutin mereka yang mencintai dan mereka yang banyak berselawat. Salah seorang sahabat yang hebat di kalangan ahli fiqah telah bertanyakan soalan ini, Ubay bin Kaab dia bertanya “Wahai Rasulullah, Sesungguhnya aku berdoa kepada Allah SWT dan berselawat ke atasmu maka berapa sepatutnya aku jadikan masaku (selepas menyempurnakan fardhu) untuk berselawat ke atasmu?”

Nabi SAW berkata kepadanya “Itu mengikut kesukaanmu” Dia berkata “satu perempat, wahai Rasulullah? Nabi SAW “itu mengikut kesukaanmu:, jika kamu tambah maka ia lebih baik” dia berkata “Aku jadikan selawat untukmu satu perdua wahai Rasulullah? Nabi SAW “Itu mengikut kesukaanmu, jika kamu tambah maka ia lebih baik” Dia berkata “Aku jadikan selawat untukmu tiga perempat, wahai Rasulullah?” Nabi SAW “Itu mengikut kesukaanmu, jika kamu tambah maka ia lebih baik”

Dia berkata “Aku jadikan seluruh masaku untuk berselawat kepadamu” Nabi SAW bersabda kepadanya “Ini merupakan ibarah bahawa, perbuatan ini perlu dilazimkan di dalam minda” Oleh yang demikian, dicukupkan keperluanmu dan diampunkan dosa-dosamu.

Allah Maha Besar, Selawat ke atas Nabi SAW menghapuskan kegelisahan. Ramai manusia yang mempunyai kegelisahan (keperluan), orang yang banyak berselawat ke atas Nabi SAW akan dihapuskan kegelisahan di dalam hatinya, dan Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosanya yang menyebabkan masalah-masalah bagi kita di dunia dan akhirat, penyembuhnya adalah memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW.

Bayangkan, selawat dan salam yang dibacakan kepada Nabi SAW dipamirkan dan sampai kepadanya. Ini semua dicatat dan ditunjukkan kepada Nabi SAW bahawa si polan ini sentiasa berselawat ke atasmu beberapa kali. Apabila engkau datang pada hari kiamat dan berjumpa Nabi SAW, kita bersama dengan Nabi SAW yang selalu dibacakan dan dipamirkan selawatmu ke atasnya.

Di dalam hadis sahih, sesungguhnya Nabi SAW mengingati salam seketul batu. Sabdanya, Aku mengenali seketul batu di Mekah yang sentiasa memberi salam kepadaku ketika aku melalui kawasannya. Sesungguhnya Nabi SAW tidak pernah melupakan salam seketul batu kepadanya. Adakah kamu pernah membayangkan bahawa mungkinkah Nabi SAW lupa salam darimu, ummatnya yang Muslim dan mukmin? Nabi SAW tidak akan melupakan salammu selama- lamanya.

Berselawat ke atas Nabi SAW ialah wajib ketika tahiyyat di dalam solat dan di dalam khutbah Jumaat, wajib dalam solat jenazah selepas takbir yang kedua dan disunnatkan pada banyak tempat dan kawasan. Sehinggakan ramai ulama’ yang mengatakan bahawa disunnatkan berselawat ke atas Nabi SAW di dalam setiap perkara dan setiap masa. Namun, di dalam sesetengah tempat, kita sangat digalakkan untuk berselawat ke atas Nabi SAW. Daripadanya ialah di majlis-majlis kerana Rasulullah SAW telah datang ke perjumpaan sesuatu kaum yang mengingati Allah atau berkumpulnya suatu kumpulan di dalam satu majlis dan mereka mengingati Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW majlis tersebut akan dikecualikan dari penyesalan dan kesedihan iaitu majlis-majlis yang di dalamnya tidak mengingati Allah SWT dan tidak berselawat ke atas Nabi SAW, maka majlis ini akan menjadi penyesalan kepada kita pada hari kiamat.

Disunnatkan berselawat ke atas Nabi SAW ketika memasuki masjid, ketika memasuki rumah, ketika keluar dari masjid. Disunnatkan berselawat ke atas Nabi SAW khususnya pada hari Jumaat. Kerana Nabi SAW telah bersabda, “Perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari jumaat, sesungguhnya selawat- selawatmu akan sampai kepadaku atau dipersembahkan kepadaku. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada malam yang gelap dan hari yang terang sesungguhnya selawat-selawatmu akan dipersembahkan kepadaku”.

Orang-orang yang bakhil ialah mereka yang apabila disebutkan namaku mereka tidak berselawat ke atasku. Beginilah yang telah diterangkan oleh Nabi SAW. Mengapa mereka ini bakhil? Janganlah kita bersikap bakhil kepada diri sendiri. Allah SWT juga berselawat ke atasnya, Nabi SAW tidak memerlukan selawat kita tetapi mereka itu bakhil terhadap diri sendiri untuk mendapatkan kebaikan buat dirinya.

Nabi SAW telah bersabda, “Celakalah mereka yang apabila disebutkan namaku, mereka tidak berselawat ke atasku” ketahuilah, doa akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dibacakan selawat ke atas Nabi SAW. Sekiranya kita ingin berdoa kepada Allah SWT dengan sebarang permintaan, mulakanlah dengan berselawat ke atas Nabi SAW dan akhirilah dengan selawat ke atas Nabi SAW dengan kepercayaan dan keyakinan bahawa Allah SWT akan menerima doamu seperti mana yang disebutkan dalam banyak riwayat mengenai Nabi dan para sahabat.

Jika kita menginginkan perkara ini (dicintai Allah), dan kita mengetahui bahawa kunci hubungan di antara kita dan Nabi SAW ialah selawat ke atas Nabi SAW kita akan mengejar kunci terbesar untuk menemukan maksud firman Allah SWT “Katakanlah (Muhammad) jika engkau menyintai Allah, ikutilah aku, nescaya engkau dicintai Allah”. Dan firman Allah SWT “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi, Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi dan berilah salam penghormatan ke atasnya.”