Nabi SAW begitu baik dalam layananya kepada kanak-kanak, baginda mempamerkan asas pendidikan untuk kanak-kanak. Sesungguhnya kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah yang baik. Setiap manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Bukti, bayi dilahirkan dalam keadaan tulen, suci dan bersih dari segala kekurangan. Dan Nabi SAW memelihara kesucian dan ketulenan ini.

Antara contoh belaian kasih baginda kepada kanak-kanak ialah baginda suka menghidu, mendakap dan mencium mereka. Pernah al-Aqra’ bin Habis melihat baginda juga beberapa orang badawi berkata kepada baginda : Ya Rasulullah, kamu mencium kanak-kanak kamu? Nabi menjawab: Ya, Lalu mereka berkata: Sesungguhnya kami tak mencium kanak-kanak kami. Rasulullah SAW bersabda lagi: Apa yang aku akan buatkan untuk kamu andainya Allah merampas sifat rahmat dari hati-hati kamu. Ini bukti bahawa mencium kanak-kanak adalah rahmat dan kasih sayang.

Ramai yang tak tahu, bahawa ini adalah satu ibadah dan kebaikan, iaitu mencium dan mendakap kanak-kanak. Nabi SAW suka mendukung kanak-kanak. Kerap dilihat Hasan atau Husin atau kedua-duanya di atas bahagian belakang Rasulullah SAW. Satu hari, Anas bin Malik datang, Dia melihat Nabi SAW dalam keadaan menongkat dua tangan dan dua kakinya dan Hasan dan Husin sedang bermain di atas belakang baginda. Maka dia berkata kepada Nabi SAW Sebaik-baik tunggangan adalah tunggangan kamu berdua. Lalu Nabi SAW bersabda: Dan merekalah sebaik-baik penunggang, Ya Anas. Nabi SAW memberi kepada mereka berdua kedudukan dan kemuliaan.

BERMAIN PENTING UNTUK PEMBESARAN KANAK-KANAK JUGA BAIK UNTUK JIWA DAN TUBUH BADAN.

Antara keindahan dalam hidup Rasulullah SAW adalah ketika melayani kanak-kanak. Nabi SAW selalu bermain dan bergurau senda dengan kanak-kanak. Pernah baginda mengambil air dan membalingnya ke muka kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu ketawa dan bermain dengannya. Nabi SAW memiliki sifat kasihan. Begitu melindungi kanak-kanak. Suatu ketika baginda bersolat di dalam masjid, ketika bersolat Umamah binti Zainab datang kepadanya dan memanjat belakang baginda. Ketika itu baginda dalam keadaan bersujud. Lamanya bersujud sehingga para sahabat menyangka baginda mengalami kekejangan. Setelah selesai bersolat, baginda bersabda: Anak perempuanku ini duduk di atasku, dan aku tak mahu menganggunya.

SESIAPA YANG MEMBIMBING ANAK-ANAKNYA, DIA TELAH MENJINAKKAN HASADNYA.

Nabi SAW mendidik mereka membimbing serta menanam nilai murni kepada mereka. Kerana inilah waktu sesuai untuk mendidik mereka tentang nilai dan prinsip hidup. Sayidina Husin pernah mengambil sebiji kurma yang tidak halal baginya kerana zakat tidak halal bagi ahli keluarga baginda. Lalu Nabi SAW mencabut kurma dari mulutnya (Husin) dan berkata: Kakh... Kakh. Maka dia keluarkan kurma dari mulutnya dan baginda bersabda: Ia tak halal bagi kita sebagai keluarga Muhammad. Kerana ia adalah zakat. Baginda pernah melihat seorang ibu memanggil anaknya bernama Abdullah dia memanggil: Ya Abdullah! datang ke sini, aku nak berikan kau sesuatu. Apabila dia datang, baginda bertanya kepada si ibu: Nabi bersabda: Sekiranya kau tak berikan apa-apa kepadanya nescaya dituliskan untuk kau sebagai penipu di sisi Allah.

Nabi SAW mengajar kita tentang bercakap benar. Ramai antara kita menipu ketika bermain dengan anaknya. Seperti dia memanggil anaknya kerana ingin memberinya sesuatu tetapi dia berbohong. Dia telah menanam sifat buruk dalam diri anaknya. Rasulullah SAW suka mendidik kanak-kanak dalam berkata benar, juga dengan sifat berani. Rasulullah SAW biasa berlumba dengan kanak-kanak. Nabi SAW pernah meminta anak saudaranya Abdullah bin Abbas dan beberapa saudara kandungnya berbaris di suatu tempat dan baginda duduk di satu tempat kemudian baginda memanggil mereka datang kepadanya secara berlumba. Apabila sampai mereka telah menjatuhkan badan mereka ke atas dada Rasulullah SAW. Inilah Nabi SAW pemimpin ummah melayan kanak-kanak dengan penuh lembut dan berakhlak baik.

Adakah kita turut sama berakhlak sebegini? Seseorang mungkin memukul budak disebabkan dia membaling sesuatu, juga menengking dan memarahi budak disebabkan perkara remeh. Nabi SAW tak pernah memukul orang lain dan tak pernah menyakiti kanak-kanak. Nabi SAW meletakkan satu kaedah penting. Perintahkan anakmu bersolat ketika mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka ketika berumur 10 tahun. Pukul di sini, bukanlah pukulan yang kuat tetapi dikatakan memukul dengan benda seperti batang siwak. Ia dilakukan agar kanak-kanak betul-betul merasai teguruan. Rasulullah SAW sendiri tak pernah melakukannya. Tetapi baginda begitu penyayang dan mulia dalam melayani kanak-kanak.

JADILAH GURU KETIKA DIA KECIL DAN KAWAN APABILA DIA MENINGKAT USIA

Antara hak asasi utama ayah kepada anak-anak ialah melindungi anaknya dengan doa-doa. Rasulullah SAW melindungi Hasan dan Husin dengan satu doa penting. Selepas menyapu mereka berdua, baginda membaca: Aku berlindung dengan nama Allah yang sempurna daripada syaitan dan haiwan berbahaya dan daripada bahaya hasad. Sesiapa yang membacanya, Ummu Sibyan takkan dapat memudaratkannya Ia sejenis jin yang suka menyakiti kanak-kanak.


Antara layanan baik Rasulullah SAW kepada kanak-kanak ialah baginda suka menggembirakan mereka. Kerana ingin menghargai dan menggembirakan mereka. Para sahabat biasa membawa kepada Rasulullah SAW buah hasil tuaian pertama. Sebaik saja buah-buahan di kebun mereka masak baginda akan mengambil, mencium buah tersebut dan bertahmid kemudian baginda akan memberi kanak- kanak yang paling muda di kawasan itu.

Dengan tujuan memanjai dan menggembirakan kanak-kanak tersebut kerana Rasulullah SAW suka menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak. Seperti yang disebut di dalam beberapa hadith Bahawa Allah SWT menyediakan tempat di syurga bagi mereka yang menghidupkan keceriaan di dalam hati kanak-kanak. Ramai yang suka dan sayangkan kanak-kanak. Tetapi maksud kita di sini, agar kita hayati maksud mencontohi Rasulullah SAW. Apabila saya mencium atau mendakap atau bermain dengan anak saya, saya rasakan ia salah satu daripada jenis ibadah. Atau mencontohi Nabi SAW mendekat diri saya kepada Allah dan Rasulullah SAW meningkatkan lagi kecintaan saya kepada Allah dan mendapat kecintaan daripada- Nya.

Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu. (Surah Al-Imran: 31)