Bersyukur & menghargai nikmat

Keistimewaan yang Allah berikan kepada baginda di dunia dan di akhirat ialah Nabi Muhammad SAW berkedudukan terpuji, pengibar panji al-Hamdu. Makhluk Allah SWT yang terpuji. Moto hidup baginda ialah “Tidakkah aku ingin menjadi hamba yang bersyukur.”


Nabi SAW sentiasa menghargai nikmat walau sekecil manapun nikmat itu. Tiada di antara kita yang menjangka Nabi SAW akan menghargai nikmat sebegitu. Inilah penghargaan Nabi SAW di mana Nabi SAW akan mengutip cebisan makanan dan memakannya. Baginda akan menjilat jarinya walaupun secebis kecil yang ada di jarinya.


Baginda SAW bersabda: “Kamu tak tahu makanan yang mana memiliki keberkatan. Inilah pandangan Nabi SAW berkenaan dengan nikmat.


Perkara pertama dalam al-Quran ialah “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.” “Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam.” Perkara pertama di dalam al-Quran yang Allah ajarkan kepada kita pada ayat pertama di dalam surah pertama. Kita diajarkan perkataan al-Hamdu (pujian).


Di syurga kelak terdapat rumah yang bernama Beit al-Hamdu. Ia anugerah bagi yang hargai nikmat Allah SWT. Dia sentiasa hidup bersama nikmat Allah SWT. Antara pengajaran Nabi SAW baginda inginkan kita hidup dalam memikirkan tentang nikmat yang ada pada diri.


Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak mensyukuri sedikit, takkan mensyukuri yang banyak.” Kadang kala manusia tak tahu nilai secawan air, tak tahu nilai cahaya yang di atasnya, tak tahu nilai nikmat bernafas.


Allah SWT berfirman “Dan terhadap nikmat tuhanmu, hendaklah kau nyatakan (dengan bersyukur). Rasulullah SAW telah praktikkan ayat tersebut di mana berbicara, menunjuk dan mengingatkan tentang nikmat. Nikmat yang tidak diendahkan oleh manusia akan ditunjuk dan diingatkan oleh Nabi SAW.


Nabi SAW bersabda “al-Hamdu akan memenuhi timbangan. Apabila manusia sebut Alhamdulillah dia merasai Allah SWT memenuhi timbangannya dengan pahala yang besar. Sebahagian ahli Zuuq menyatakan bahawa menyebut al-Hamdu adalah nikmat lebih besar daripada nikmat apa yang disyukuri.


Allah SWT berikan anda nikmat air, apabila disebutkan Alhamdulillah, kamu memuji kerana nikmat air itu, dapat ucap pujian al-hamdulillah lebih besar nikmatnya dari nikmat air itu. Lihat! Bagaimana manusia sentiasa diangkat martabatnya dengan al-Hamdu.


Tafakur pada kenikmatan mewarisi sifat syukur


Nabi SAW pernah didatangi oleh seseorang yang penampilannya seperti tidak terurus. Lalu Nabi SAW bersabda: kamu ada duit? Dia menjawab: Ya Rasulullah, saya memiliki semuanya. Saya ada unta, lembu dan kambing ternakan. Lalu baginda SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT suka melihat kesan nikmat pada hamba-Nya. Tuhan memuliakan kita. Lihat! Dia melihat nikmat pada kamu, jadi bicara dan pamerkan nikmat Allah SWT yang ada pada diri kamu.


Nabi SAW telah menganjurkan umatnya agar hidup bersama nikmat. Merasai kehidupan bersama pemberi nikmat iaitu Allah SWT.


Sabda Nabi SAW: berbicara tentang nikmat Allah SWT adalah kesyukuran. Peringkat pertama syukur itu ialah anda tahu ia nikmat daripada Allah SWT. Manusia apabila merasai dan mengakui bahawa itulah nikmat Allah maka dia telah bersyukur kepada Allah.


Peringkat yang lebih tinggi ialah dia berusaha setiap nikmat yang diberikan digunakan pada perkara yang diredhai Allah SWT. Sampai ke tahap dia sudah tak mampu mengucap alhamdulillah. Salah seorang Nabi berkata: Ya tuhanku, setiap kali aku ingin memuji-Mu di atas nikmat yang diberikan, aku dapati pujian itu sendiri satu nikmat. Bagaimana aku ingin memuji-Mu wahai tuhanku? Maka Allah SWT berfirman : wahai hambaku, kekalkan dirimu begitu, jadikan dirimu sentiasa tak berdaya memuji dan menunaikan hak aku.


Kita gunakan nikmat kuat dan sihat pada membantu yang lemah dan sakit. Kita gunakan nikmat harta pada jalan Allah iaitu memberi kepada yang berhak. Kita gunakan nikmat ilmu pada mengajar mereka yang jahil dan miskin. Maksudnya manusia perlu menimbulkan nikmat yang dikurniakan kepadanya. Apabila dia usahakan nikmat itu kerana Allah SWT memuji Allah dengan lidah dan hatinya di atas nikmat yang diberikan Allah SWT akan pastikan nikmatnya takkan terputus. Begitu juga, nikmat bertambah dengan kesyukuran. Allah SWT “Jika kamu bersyukur nescaya akan aku tambahkan nikmat kepadamu.”


Rasulullah SAW setiap kali disampaikan kepadanya berita kemenangan pihak Islam, setiap kali mendapat berita baik, setiap kali diberitahu ada beberapa kabilah memeluk Islam, Nabi SAW setiap kali mendapat berita yang menggembirakannya baginda akan bersujud kepada Allah SWT tak kira di mana, bila-bila dan dengan berbagai cara. Sujud yang dilakukan baginda dinamakan sujud syukur. Sujud ini mempunyai rasa yang indah. Pada hari ini, siapa di antara kita jika diberitahu bahawa Allah SWT mengurniakan kepadanya seorang anak akan terus bersujud tak kira di mana dan bila.


Ada yang bertanya kena cari tempat bersihkah atau mengadap kiblat atau tak? Sujud syukur boleh dilakukan di mana-mana pada bila-bila masa dan keadaan. Nabi SAW akan bersujud bila melihat pesakit bahkan Nabi SAW telah bersujud apabila melihat seekor haiwan Baginda bersyukur di atas nikmat kesempurnaan kejadian manusia. Inilah hidup Nabi SAW pemuji dan dipuji pada hari kiamat baginda akan dipuji kerana baginda lah manusia paling banyak memuji Allah SWT. Kita pada hari ini, jika banyak bertahmid pada hari kiamat kita akan dekat dengan Nabi Muhammad SAW