Nabi Muhammad SAW adalah sumber kegembiraan dan Baginda merupakan sebesar-besar perkara yang menggembirakan kita. Sebesar-besar kegembiraan ialah bertemu dengan Baginda pada hari kiamat dan minum air dari tapak tangannya yang mulia.

Nabi SAW turut bergembira (berseronok) dan menguruskan kegembiraannya mengikut apa yang diajarkan Allah SWT. Allah SWT berfirman kepada kita, “Katakanlah (Muhammad), dengan kurnia Allah dan rahmatNya, maka dengan itu, bergembiralah! Itu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan” (Yunus:58).

Maka kegembiraan sentiasa berkaitan dengan kurniaan Allah dan perasaan syukur dengan kurniaan Allah. Di dalam hidup Nabi SAW, Baginda gembira dengan banyak perkara. Baginda gembira dengan pengislaman lelaki Yahudi yang memeluk Islam kemudian meninggal dunia. Maka Baginda menangis kerana terlalu gembira, seraya berkata “Segala puji bagi Allah yang menyelamatkannya dari neraka denganku”.

Selain itu, Nabi SAW gembira dengan kedatangan sebahagian sahabatnya. Baginda gembira semasa pulang dari Khaibar dan Allah membuka Khaibar untuknya serta menolong kaum Yahudi di sana. Maka Baginda berjumpa Saidina Jaafar dan berkata “Sesungguhnya aku berjumpa dengan Jaafar” Baginda SAW bersedia untuk memakai baju, dan sebahagian badannya terbuka. Baginda bangun dengan segera sehingga Baginda berjumpa Saidina Jaafar bin Abi Talib, lalu berkata, “Aku tidak tahu kerana apa aku gembira, kerana pembukaan Khaibar atau kedatangan Jaafar.

Beliau menjadikan kedatangan sahabat yang mulia ini setaraf dengan pembukaan Khaibar, kerana kedudukan Jaafar yang istimewa di dalam hati Rasulullah SAW.

Nabi SAW bersabda, Riangkan hatimu dari semasa ke semasa. Nabi SAW gembira dengan apa yang dimuliakan Allah SWT kepadanya, iaitu para isterinya. Baginda juga gembira dengan perkahwinan. Dengan itu, apabila anak perempuannya berkahwin, Baginda memperlihatkan kegembiraannya. Baginda menyambutnya dengan peralatan yang mengikut syariah, dengan penuh tawadu’ dan adab kepada Allah SWT.

Baginda mengadakan kenduri namun ia tidak melalaikannya. Sesetengah manusia, apabila mereka gembira (berseronok), mereka melupakan seluruh peraturan dan adab. Sehingga ramai manusia, apabila mereka gembira dengan perkahwinannya atau perkahwinan anak lelaki/perempuannya, mereka berkata, “Cukup, malam ini malam kegembiraan, malam untuk berseronok!” Maka mereka meninggalkan banyak suruhan seperti solat atau melampaui batas-batas peraturan dan adab, dan Nabi SAW tidak melakukan perkara ini.

Imam Ali berkata : riangkan hati ini, sesungguhnya ia berasa bosan seperti bosannya badanmu. Nabi SAW memperlihatkan adab dan peraturan dalam menguruskan kegembiraanya, kerana kegembiraan boleh menyebabkan manusia melampaui batas-batas adab dan pergaulan yang baik dengan Allah SWT.

Adab pertama ialah menisbahkan segala perkara kepada Allah SWT. Apabila Nabi SAW melihat perkara yang mengagumkannya, beliau mengucapkan “Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya menyempurnakan segala kebaikan

Dan apabila Baginda gembira dengan sesuatu perkara Baginda turun ke bumi dan sujud syukur kepada Allah, sepertimana apabila sampai berita suatu kabilah telah memeluk Islam, lantas Baginda sujud kepada Allah, dan apabila Allah mengangkat suatu bala, Baginda sujud syukur kepada Allah SWT. Maka Baginda menisbahkan segala perkara kepada Allah SWT.

Adab kedua ialah memperlihatkan kegembiraan. Nabi SAW bersabda, “Warwarkan pernikahan dan sambutlah ia dengan pukulan gendang atau kompang”, kerana dengan memperlihatkan kegembiraan, ia akan membangkitkan keseronokan dan kasih sayang di antara manusia. Nabi SAW ketika datang kepadanya pertolongan, dan diperlihatkan Allah SWT apa yang ingin diperlihatkan Baginda menzahirkannya dengan penuh tawadhu’ dan pengharapan. Ketika Nabi SAW memasukki Kota Makah dalam Fath Makkah, Baginda SAW tunduk sehingga mukanya hampir mengenai belakang kudanya, kerana begitu merendah diri kepada Allah. Nabi SAW tidak menyambutnya dengan takabbur atau menisbahkan perkara itu kepada dirinya tetapi Baginda menisbahkannya kepada Allah yang Maha Kuasa.

Antara adab lain ialah mengutus pembawa berita gembira, Apabila ayat taubat turun kepada Kaab bin Malik dan orang-orang yang bersamanya, Nabi SAW menghantar pemberi berita gembira kepada Kaab bin Malik untuk menyampaikan berita gembira tersebut. Maka menghantar berita, mesej dan wakil untuk menyampaikan berita gembira merupakan Sunnah Rasulullah SAW.

Antara Sunnah Nabi SAW ialah takbir ketika melihat perkara yang menggembirakannya atau berhasilnya perkara yang menggembirakannya. Takbir sepertimana yang dilakukan Baginda semasa hari perayaan, Baginda SAW melaungkan takbir. Baginda suka memperlihatkan kegembiraan semasa hari raya. Apabila datang orang-orang Sudan yang memukul gendang dan bermain di Masjid Baginda SAW, Sayyidah ‘Aisyah mahu melihatnya, Baginda SAW bertanya, “Adakah kamu ingin melihatnya wahai Aisyah?” Maka Baginda berdiri di tempat dekat dengan pintu dan Aisyah di atas belakangnya. Lalu ‘Aisyah menonton orang Habsyah tersebut memukul gendang, bermain dan menari. Baginda SAW berdiri dan bertanya ‘Aisyah “Adakah engkau sudah puas?” sehingga ‘Aisyah betul-betul puas, Maka Baginda SAW suka menzahirkan kegembiraannya.

Apabila engkau gembira dengan suatu nikmat maka ingatlah bahawa ia dari Allah SWT dan jangan lupa bersyukur atas nikmat tersebut.

Antara perkara yang paling menggembirakan Nabi SAW di dunia ini, iaitu apabila Fatimah melahirkan Hassan dan Hussain antara perkara yang paling menggembirakan Baginda. Baginda menzahirkan kegembiraannya dengan mendukung dan mencium mereka, namun Baginda bersyukur kepada Allah SWT dan melaksanakan aqiqah, dan ia merupakan antara Sunnah Baginda SAW.

Kita memohon kepada Allah agar menambahkan kegembiraan kita dan umat Islam. Apabila seorang manusia dimuliakan Allah dengan perkara yang menggembirakannya, maka, dia mengingati kegembiraannya seperti gembiranya Rasulullah SAW. Dan mengingati bahawa asas kegembiraan ialah pertemuan dengan Allah dan Rasulullah SAW. Maka ini merupakan kegembiraan yang terbesar seiring dengan firman Allah, “Katakanlah (Muhammad), “Sekiranya engkau mencintai Allah, maka ikutilah aku, nescaya engkau akan dicintai Allah”.