Kematian

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya, janganlah setiap kamu mahukan kematian kerana adanya suatu kesusahan hidup yang menimpanya. Apabila dia memang mahukan kematian tersebut, hendaklah dia berkata, 'Ya Allah, hidupkanlah aku selagi kehidupan itu baik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku' (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

 

Janganlah setiap kamu meminta kematian sebelum ajal menjemputmu, kerana apabila setiap seorang kamu meninggal dunia, maka amal kebaikanmu akan terputus, sedangkan tujuan Allah memanjangkan usia seorang mukmin adalah menambah kebaikan mukmin itu sendiri."(HR. Al-Bukhari)

 

"Janganlah salah seorang daripada kamu semua mengharapkan kematian, kerana jika dia adalah orang yang suka melakukan kebajikan, maka boleh jadi dia akan terus menambah kebaikan, atau jika dia adalah orang yang sentiasa melakukan perbuatan dosa, maka boleh sahaja dia bertaubat."

 

Janganlah kamu mahukan kematian, kerana keadaan kematian itu merupakan sesuatu yang amat dahsyat. Apabila seorang hamba diberi usia panjang, Allah memberi kesempatan untuk bertaubat kepadanya." (HR. Al-Bazzar)

Para ulama menyatakan bahawa kematian bukan hanya lenyapnya seseorang dan tidak akan ada lagi kejadian setelah itu, tetapi kematian adalah terputus atau terpisahnya hubungan antara roh dengan badan, bertukar atau berpindahnya suatu keadaan ke keadaan yang lain, suatu tempat ke tempat yang lain, dan ia (kematian) adalah salah satu musibah paling besar, berdasarkan firman Allah s.w.t.,

 

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ شَهَـٰدَةُ بَيْنِكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ ٱلْمَوْتُ حِينَ ٱلْوَصِيَّةِ ٱثْنَانِ ذَوَا عَدْلٍۢ مِّنكُمْ أَوْ ءَاخَرَانِ مِنْ غَيْرِكُمْ إِنْ أَنتُمْ ضَرَبْتُمْ فِى ٱلْأَرْضِ فَأَصَـٰبَتْكُم مُّصِيبَةُ ٱلْمَوْتِ ۚ تَحْبِسُونَهُمَا مِنۢ بَعْدِ ٱلصَّلَوٰةِ فَيُقْسِمَانِ بِٱللَّهِ إِنِ ٱرْتَبْتُمْ لَا نَشْتَرِى بِهِۦ ثَمَنًۭا وَلَوْ كَانَ ذَا قُرْبَىٰ ۙ وَلَا نَكْتُمُ شَهَـٰدَةَ ٱللَّهِ إِنَّآ إِذًۭا لَّمِنَ ٱلْـَٔاثِمِينَ ١٠٦

 

106. Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (dia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu atau dua orang lain (yang bukan seagama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, (hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa. (Surah al-Ma’idah : 106)

 

Para ulama berkata, "Tetapi ada perkara yang lebih dahsyat daripada kematian, iaitu lalai dalam menghadapi kematian, berpaling dan hanya sedikit mengingati kematian, serta meninggalkan amal soleh yang merupakan bekalan setelah kematian. Bahkan pada kematian terdapat pesanan serta pelajaran bagi orang yang berfikir." Dalam suatu riwayat diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

 

"Seandainya haiwan itu mengetahui mengenai kematian seperti yang kamu semua ketahui, maka kamu tidak akan makan lemaknya."

 

Diceritakan bahawa ada seorang Arab Badwi vang mengelilingi untanya yang telah mati dan dia memuji-muji unta tersebut sambil berfikir apa yang berlaku kepada untanya itu. Dia kemudian berkata, "Mengapa kamu tidak bangun, padahal anggota tubuhmu masih baik dan sempurna? Apa yang berlaku padamu? Siapakah yang menahan gerakanmu? Siapakah yang akan membangkitkanmu?" Akhirnya orang Arab Badwi itu meninggalkan untanya yang telah mati. Dia amat hairan memikirkan keadaan unta tersebut.

Ada pula penyair yang membacakan syair kerana melihat seorang perwira gagah mati di hadapannya:

"Tanda kematian sudah menjemputnya. Terbujur dia dengan tangan terbentang dan mulut ternganga. Terbujur dia dengan baju besi dan senjata ampuh yang masih terpegang erat. Terbujur dia bagaikan seorang mangsa besar. Tidak mahu lagi dia mendengar semboyan panggilan perang, Bahkan tidak peduli lagi dia dengan panggilan agung para raja. Keperkasaannya dan kepahlawanannya sudah berlalu kerana tali maut yang sudah bertenggek di atas kepalanya. Apa gerangan yang berlaku kepada dirimu, wahai pahlawan. Keperkasaanmu sudah hilang, bahkan kamu tidak dapat bercakap lagi, Berita ini bukan berita perkhabaran di tempat ini, Kita masih sahaja tidak peduli dan seakan-akan tidak pernah tahu."

 

At-Tirmizi Al-Hakim Abu Abdullah meriwayatkan dalam Nawadir Al-Ushul: Nabi Adam memberitahu kepada Hawa bahawa anaknya telah meninggal dunia, dia berkata, "Wahai Hawa, anakmu telah meninggal dunia." Hawa kemudian bertanya, "Apa yang dimaksudkan dengan meninggal dunia?" Dia berkata, "Meninggal dunia adalah tidak dapat makan dan tidak dapat minum, tidak dapat berdiri dan tidak dapat duduk." Hawa pun menjadi sedih dan menangis. Adam lalu berkata kepadanya, "Kamu dan anak perempuanmu berhak menangisinya, sedangkan aku dan anak lelakiku tidak perlu menangisinya."

 

KESEMPATAN BERTAUBAT UNTUK MEMOHON KEREDAAN ALLAH S.W.T.

Maksud Al-Isti'tab adalah memohon keredaan. Keredaan diperolehi dengan bertaubat serta tidak mengulangi perbuatan dosa.

Al-Jauhari mengatakan bahawa Al-Isti'tab maknanya memohon keredaan, seperti ucapan, "Aku memohon keredaannya dan dia pun meredaiku."

Allah s.w.t. berfirman,

فَإِن يَصۡبِرُواْ فَٱلنَّارُ مَثۡوٗى لَّهُمۡۖ وَإِن يَسۡتَعۡتِبُواْ فَمَا هُم مِّنَ ٱلۡمُعۡتَبِينَ ٢٤

24. Oleh itu, samada mereka bersabar menderita azab atau sebaliknya (maka sama sahaja) kerana Nerakalah tempat tinggal mereka dan jika mereka memohon peluang untuk mendapat keredaan Allah, maka mereka bukanlah lagi dari orang-orang yang diterima permohonannya.

 

Diriwayatkan daripada Sahl bin Abdullah At-Tastari, dia berkata, "Mahukan kematian dilarang, kecuali bagi tiga jenis orang, iaitu orang vang tidak mengetahui apa yang akan berlaku setelah kematian, orang yang lari daripada takdir Allah s.w.t. dan orang yang amat ingin sekali berjumpa dengan Allah s.w.t."

Diriwayatkan bahawa Malaikat Maut datang menemui (Ibrahim a.s.) untuk mencabut nyawanya, lalu Ibrahim. berkata, "Wahai Malaikat Maut, pernahkah kamu melihat seorang sahabat vana mahu mencabut nyawa sahabatnya sendiri?" Mendengar kata-kata itu Malaikat Maut kembali menemui Allah s.w.t. Allah s.w.t. lalu berkata kepada Malaikat Maut, "Adakah kamu pernah melihat seseorang yang tidak gembira bertemu dengan sahabatnya?" Setelah itu Malaikat Maut kembali menemui Ibrahim dan menyampaikan kata-kata Allah s.w.t. kepadanya. Ibrahim lalu berkata, "Jika demikian maka cabutlah nyawaku saat ini juga." Abu Darda menyatakan bahawa kematian yang menimpa diri seorang mukmin tujuannya adalah baik, sebagaimana firman Allah s.w.t.,

 

لَٰكِنِ ٱلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ رَبَّهُمۡ لَهُمۡ جَنَّٰتٞ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ خَٰلِدِينَ فِيهَا نُزُلٗا مِّنۡ عِندِ ٱللَّهِۗ وَمَا عِندَ ٱللَّهِ خَيۡرٞ لِّلۡأَبۡرَارِ ١٩٨

198. Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari Allah dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti (yang taat, yang banyak berbuat kebajikan).

 

وَلَا يَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَنَّمَا نُمۡلِي لَهُمۡ خَيۡرٞ لِّأَنفُسِهِمۡۚ إِنَّمَا نُمۡلِي لَهُمۡ لِيَزۡدَادُوٓاْ إِثۡمٗاۖ وَلَهُمۡ عَذَابٞ مُّهِينٞ ١٧٨

178. Dan jangan sekali-kali orang-orang kafir menyangka bahawa Kami membiarkan (mereka hidup lama) itu baik bagi diri mereka; kerana sesungguhnya Kami biarkan mereka hanyalah supaya mereka bertambah dosa (di dunia) dan mereka pula beroleh azab seksa yang menghina (di akhirat kelak).

 

Hayyan Bin Al-Aswad menyatakan bahawa kematian adalah jambatan yang menghubungkan dua orang kekasih.

 

BOLEH MAHUKAN KEMATIAN KERANA BIMBANG MURTAD

Allah SWT menceritakan kisah tentang Nabi Yusuf a.s dan Maryam dalam firman-Nya

۞رَبِّ قَدۡ ءَاتَيۡتَنِي مِنَ ٱلۡمُلۡكِ وَعَلَّمۡتَنِي مِن تَأۡوِيلِ ٱلۡأَحَادِيثِۚ فَاطِرَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ أَنتَ وَلِيِّۦ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۖ تَوَفَّنِي مُسۡلِمٗا وَأَلۡحِقۡنِي بِٱلصَّٰلِحِينَ ١٠١

101. "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".

فَأَجَآءَهَا ٱلۡمَخَاضُ إِلَىٰ جِذۡعِ ٱلنَّخۡلَةِ قَالَتۡ يَٰلَيۡتَنِي مِتُّ قَبۡلَ هَٰذَا وَكُنتُ نَسۡيٗا مَّنسِيّٗا ٢٣

23. (Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW, bersabda,

لا تقومُ السَّاعةُ حتَّى يمُرَّ الرَّجُلُ بقبرِ الرَّجُلِ فيقولُ : يا ليتني كنت مكانَك

“Hari kiamat tidak akan berlaku sehingga orang yang lalu di kubur orang lain berkata “Alangkah baiknya jika aku menempati tempatmu – kubur-“ (HR. Malik)

Tidak ada pertentangan antara keterangan tersebut dengan ayat yang telah kami sampaikan sebelum ini.

Abu Qatadah memberi keterangan mengenai ayat tersebut, dia berkata, "Tidak seorang pun yang mahukan kematian, baik orang biasa mahupun Nabi, kecuali Yusuf a.s., kerana keinginannya berjumpa dengan Tuhannya amat besar setelah dia mendapat nikmat serta kurnia yang melimpah daripada Allah s.w.t."

Perkara itu tergambar dalam Surah Yusuf ayat 101 seperti di atas. Ayat tersebut menceritakan bahawa Yusuf amat ingin sekali berjumpa dengan Tuhannya. Dia tidak mahukan kematian tetapi mahu dimatikan dalam keadaan memeluk agama Islam. Maksudnya, dia mahu mati dalam keadaan Islam. Inilah pendapat yang dipilih oleh kebanyakan ahli tafsir. Penyebab Maryam mahukan kematian — menurut para ahli — ada dua pendapat:

Pertama: Dia takut apabila orang berburuk sangka serta memburuk-burukkannya sehingga menyebabkan fitnah bagi dirinya. Kedua: Agar kaumnya tidak menuduhnya melakukan pembohongan serta kemaksiatan (zina) yang boleh membawa malapetaka bagi kaum tersebut.

 

Allah SWT berfirman mengenai pembohongan yang menimpa Aisyah RAH

إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلۡإِفۡكِ عُصۡبَةٞ مِّنكُمۡۚ لَا تَحۡسَبُوهُ شَرّٗا لَّكُمۖ بَلۡ هُوَ خَيۡرٞ لَّكُمۡۚ لِكُلِّ ٱمۡرِيٕٖ مِّنۡهُم مَّا ٱكۡتَسَبَ مِنَ ٱلۡإِثۡمِۚ وَٱلَّذِي تَوَلَّىٰ كِبۡرَهُۥ مِنۡهُمۡ لَهُۥ عَذَابٌ عَظِيمٞ ١١

11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

 

إِذۡ تَلَقَّوۡنَهُۥ بِأَلۡسِنَتِكُمۡ وَتَقُولُونَ بِأَفۡوَاهِكُم مَّا لَيۡسَ لَكُم بِهِۦ عِلۡمٞ وَتَحۡسَبُونَهُۥ هَيِّنٗا وَهُوَ عِندَ ٱللَّهِ عَظِيمٞ ١٥

15. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

 

Masih terdapat perbezaan pendapat mengenai Maryam, adakah orang yang amat benar (Shiddiqah) atau seorang manusia pilihan Allah SWT berdasarkan firman-Nya

 

مَّا ٱلۡمَسِيحُ ٱبۡنُ مَرۡيَمَ إِلَّا رَسُولٞ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِ ٱلرُّسُلُ وَأُمُّهُۥ صِدِّيقَةٞۖ كَانَا يَأۡكُلَانِ ٱلطَّعَامَۗ ٱنظُرۡ كَيۡفَ نُبَيِّنُ لَهُمُ ٱلۡأٓيَٰتِ ثُمَّ ٱنظُرۡ أَنَّىٰ يُؤۡفَكُونَ ٧٥

75. Tiadalah Al-Masih Ibni Mariam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu).

 

فَٱتَّخَذَتۡ مِن دُونِهِمۡ حِجَابٗا فَأَرۡسَلۡنَآ إِلَيۡهَا رُوحَنَا فَتَمَثَّلَ لَهَا بَشَرٗا سَوِيّٗا ١٧

17. Kemudian Mariam membuat dinding untuk melindungi dirinya dari mereka maka Kami hantarkan kepadanya: Roh dari kami lalu dia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki yang sempurna bentuk kejadiannya.

 

وَإِذۡ قَالَتِ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُ يَٰمَرۡيَمُ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰكِ وَطَهَّرَكِ وَٱصۡطَفَىٰكِ عَلَىٰ نِسَآءِ ٱلۡعَٰلَمِينَ ٤٢

42. Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika malaikat berkata: Wahai Mariam! Sesungguhnya Allah telah memilihmu dan mensucikanmu dan telah memilihmu (beroleh kemuliaan) melebihi perempuan-perempuan seluruh alam (yang sezaman denganmu).

 

Dia pun diuji dengan ujian yang berat, berupa fitnah dan pembohongan yang menimpa dirinya. Oleh yang demikian, berdasarkan perkara ini serta penafsiran yang telah kami paparkan tadi, maka mahukan kematian pada hakikatnya tidak dilarang jika bertujuan demikian. Dalam hadis dinyatakan bahawa mahukan kematian hanya dibenarkan jika seseorang ditimpa musibah, seperti bimbang menjadi murtad dan bimbang orang tersebut tidak dapat lagi melaksanakan ajaran agamanya dengan baik. Oleh yang demikian, bukan musibah yang menimpa anggota tubuh atau musibah lain (seperti kehilangan harta benda), sebagaimana dijelaskan dalam doa hadis berikut ini:

اللهمَّ إني أسألُك فعلَ الخيراتِ ، وتركَ المنكراتِ ، وحبَّ المساكينِ ، وإذا أردْتَ بعبادك فتنةً فاقبضني إليك غيرَ مفتونٍ

"Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pada-Mu kekuatan untuk melakukan kebajikan, meninggalkan kemungkaran dan mencintai orang miskin. Jika Engkau mahu menimpakan fitnah kepada para hamba-Mu, maka ambillah nyawaku dalam keadaan bebas daripada fitnah —kesesatan—."(HR. Malik dan At-Tirmizi)

 

Dalam hadis lain juga dinyatakan bahawa Umar berkata, "Ya Allah, kekuatanku semakin lemah, usiaku semakin tua, dan rakyatku sudah meninggalkanku, maka matikanlah aku dalam keadaan banyak melakukan amal kebajikan." Kurang satu bulan setelah itu Allah s.w.t. mencabut nyawa Umar bin Al-Khattab r.a. (HR. Malik).

 

Abu Umar bin Abdul Birri menyatakan — dalam bukunya yang berjudul At-Tamhid wa Al-Istidzkar— daripada Zadan Abu Umar, daripada Alim Al-Kindi, dia berkata, "Pada suatu hari aku duduk-duduk bersama Abu Al-Abas Al-Ghifari, dan dia melihat sekumpulan orang menderita penyakit tifus, maka dia berkata, "Wahai penyakit tifus, datanglah kepadaku (dia mengucapkannya sebanyak 3 kali)." Aku kemudian bertanya, "Mengapa kamu berkata seperti itu? Bukankah Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Sesungguhnya setiap kamu semua dilarang mahukan kematian, kerana mati akan menyebabkan amal seseorang terputus sehingga dia tidak dapat lagi melakukan amal soleh serta meminta keredaan Allah s.w.t. atas kesalahannya'."

 

Abu Abbas berkata, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

بادِرُوا بالموتِ ستا : إمرةُ السفهاءِ وكثرةُ الشّرطِ وبيعُ الحكمِ واستخفافا بالدمِ وقطيعةُ الرحمِ ونَشْوا يتخذونَ القرآنَ مزامِيرَ يقدمونَ الرجلَ ليغنيهِم بالقرآنِ وإن كان أقلهم فقْها

"Segeralah menyambut kematian ketika enam perkara telah muncul, iaitu:

(a) Apabila orang bodoh telah menjadi pemerintah,

(b) banyaknya bilangan polis,

(c) hukum telah diperjualbeli, nyawa sudah tidak berharga lagi,

(d) hubungan silaturrahim terputus,

(e) Al-Quran hanya untuk dipertontonkan dan disenandungkan, serta

(f) ramai orang yang mengaku faham Al-Quran padahal pengetahuannya tentang Al-Quran sedikit sekali."(HR. Ibnu Abdul Bar)

 

MENGINGATI DAN MENYEDIAKAN DIRI MENGHADAPI KEMATIAN

Rasulullah s.a.w. bersabda,

أكثِرُوا ذكرَ هادِمِ اللذَّاتِ . يعني : الموتَ

"Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat merenggut kenikmatan dunia, iaitu kematian."(HR. Ibnu Majah dan At-Tirmizi, daripada An-Nasa'i, da ripada Abu Hurairah r.a.)

 

Rasulullah s.a.w. bersabda,

أَكثروا ذِكرَ هادمِ اللَّذَّاتِ قيلَ يا رسولَ اللَّهِ وما هادمُ اللَّذَّاتِ قالَ الموتُ

"Perbanyakkanlah mengingati pemusnah kenikmatan dunia." Kami pun bertanya, "Apakah pemusnah kenikmatan dunia itu, wahai Rasulullah?" baginda menjawab, "Kematian." (HR. Abu Nu'aim Al-Hafiz)

 

Diriwayatkan daripada Umar, dia berkata, "Ketika aku sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w., tiba-tiba datang seorang pemuda Ansar memberi salam kepada Rasulullah s.a.w. dan bertanya, 'Wahai Rasulullah, orang mukimin yang bagaimana yang paling mulia'? Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Mereka yang paling baik akhlaknya'. Dia bertanya lagi, 'Orang mukmin yang bagaimana yang paling beruntung (cerdas)'? Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Mereka yang paling banyak mengingati kematian dan mempunyai bekalan yang banyak untuk menghadapi kematian'." (HR. Ibnu Majah).

 

Rasulullah s.a.w. bersabda,

الكَيِّسُ مَن دان نفسَه وعمِل لما بعدَ المَوتِ والعاجِزُ مَن أتبَعَ نفسَه هواها وتمنَّى على اللهِ

"Orang yang paling beruntung adalah yang dapat mengawal hawa nafsunya dan beramal untuk kehidupan setelah kematian. Sedangkan orang yang rugi adalah yang sentiasa mengikut hawa nafsunya dan banyak berangan-angan terhadap Allah." (HR. At-Tirmizi)

 

Rasulullah s.a.w. bersabda,

أكثِرُوا ذِكرَ الموتِ ، فإنَّهُ يُمحِّصُ الذنوبِ ، ويُزَهِّدُ في الدنيا

"Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana dia dapat membersihkan dosa serta menjadikan diri zuhud terhadap dunia."(HR. Anas)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Cukuplah maut menjadi pelajaran bagi seseorang dan menjadi pemisah antara seseorang dengan orang lain." Rasulullah s.a.w. kemudian ditanya, "Adakah seseorang yang telah meninggal dunia dapat berkumpul bersama para syuhada?" Baginda s.a.w. menjawab, "Ya, iaitu orang yang mengingati kematian sebanyak 20 kali dalam sehari semalaman."

 

As-Suddi lalu membaca,

ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ ٢

2. Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

 

Maksud ayat tersebut iaitu mereka yang paling banyak mengingati kematian dan sering melakukan amal soleh sebagai bekalan setelah kematian.

Para ulama mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, " Per-banyakkanlah mengingati pemusnah kenikmatan dunia, iaitu mati."

Itu merupakan kata-kata yang ringkas dan mudah, namun mengandungi peringatan serta pesanan yang amat dalam nilainya. Mengingati kematian dengan sebenar-benarnya dapat mencegah seseorang untuk berangan-angan sehingga dia dapat hidup zuhud. Tetapi jiwa yang pasif serta hati yang lalai memerlukan peringatan yang berulang-ulang dan kata-kata yang indah. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Perbanyakkanlah mengingati pemusnah kenikmatan dunia." Allah s.w.t. berfirman,

كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوۡنَ أُجُورَكُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۖ فَمَن زُحۡزِحَ عَنِ ٱلنَّارِ وَأُدۡخِلَ ٱلۡجَنَّةَ فَقَدۡ فَازَۗ وَمَا ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَآ إِلَّا مَتَٰعُ ٱلۡغُرُورِ ١٨٥

185. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

 

 كُلُّ نَفۡسٖ ذَآئِقَةُ ٱلۡمَوۡتِۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ ٥٧

57. Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).

 

Tetapi itu belum cukup baginya (jiwa yang pasif), sesuai dengan syiar yang dilantunkan oleh Amirul Mukminin Umar Bin al-Khattab r.a berikut ini:

 

"Tidak ada satu pun yang berseri itu kekal Hanya Tuhan Yang akan kekal, sedangkan harta dan anak akan melambai. Harta rampasan Perang Hurmuz yang melimpah tidak akan membantu. Keabadian berusaha untuk tetap ada, namun tidak pernah berjaya Sulaiman si Penakluk Angin juga tidak mampu. Manusia dan jin pun ditolak untuk abadi dan mereka datang silih berganti."

 

DUNIA AKAN TERASA KECIL

Mengingati kematian menjadikan seseorang sangsi terhadap kehidupan dunia yang fana ini, sehingga dia sentiasa mengingati kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Seseorang tidak bebas daripada dua keadaan yang saling bertentangan, seperti sempit dan lapang serta nikmat dan cubaan. Apabila seseorang sedang berada dalam keadaan sempit dan mendapat musibah, maka beban yang sedang menimpanya akan terasa lebih ringan apabila dia mengingati mati, kerana mati lebih berat daripada musibah yang menimpanya. Ketika seseorang mengingati mati semasa mendapat nikmat dan kelapangan, maka dia akan terhindar daripada tipu daya yang disebabkan oleh kesenangan yang diperolehinya.

Penyair bersyair:

"Ingatah mati, si pemusnah kenikmatan Ingatlah maut, maka kamu akan dapat ketenangan dalam mengingati maut juga angan-anganmu akan lenyap."

Semua orang tahu bahawa mati tidak diketahui bila datangnya, di mana tempatnya, serta apa penyebabnya. Oleh kerana itu, seseorang perlu bersedia untuk menghadapi kematian.

Beberapa orang soleh pada waktu malam sentiasa memanggil-manggil, "Masanya berangkat! Masanya berangkat! Masanya berangkat!" (Ar-Rahil! Ar-Rahil!) dari atas pagar Madinah. Pada suatu hari Gabenor Madinah memanggil-manggil nama Ar-Rahil, tetapi Rahil tidak kunjung nampak, maka Gabenor Madinah bertanya kepada orang tentang keadaan Ar-Rahil. Orang menjawab, "Ar-Rahil telah meninggal dunia." Mendengar perkara tersebut Gabenor Madinah membaca sebuah syair:

 

"Dia sentiasa melaungkan keberangkatan dan menyebutnya Sehingga unta juga merasa terusik agar sentiasa bersedia. Lalu dia pun ditimpa rahil dalam keadaan bersiap-sedia Punya bekalan dan tidak pernah leka oleh angan-angan!"

Yazid Ar-Raqqasyi bertanya kepada dirinya sendiri, "Kasihan kamu, wahai Yazid, siapa yang akan solat untukmu setelah kamu meninggal dunia kelak? Siapa yang berpuasa untukmu setelah kamu meninggal dunia? Siapa yang akan memintakan keredaan Tuhan untukmu setelah kamu meninggal dunia?" Dia lalu berkata, "Wahai manusia, mengapa kamu tidak menangisi dirimu yang masih hidup? Siapa yang mahu meminta kematian, di mana kubur akan menjadi rumahnya, tanah menjadi selimutnya, dan ulat serta cacing menjadi temannya?" Yazid lalu menangis dan pengsan.

At-Taimi berkata, "Ada dua perkara yang dapat memutuskan kenikmatan dunia daripadaku, iaitu mengingati kematian dan mengingati bahawa kita akan berada di hadapan Allah." Umar bin Abdul Aziz mengumpulkan para ulama untuk sama-sama mengingati mati, Hari Kiamat dan kehidupan akhirat, sehingga mereka semua menangis setelah mengingati perkara tersebut, seolah-olah di hadapan mereka terdapat jenazah."

Abu Nu'aim berkata, "Apabila At-Thauri mengingati mati, maka dia tidak peduli lagi dengan hari-hari yang sedang berlalu. Apabila dia ditanya tentang suatu perkara, maka jawapan yang keluar dari mulutnya adalah 'aku tidak tahu, aku tidak tahu'."

Asbath berkata, "Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa ada seorang lelaki yang amat dipujinya. Rasulullah s.a.w. bertanya,`Tahukah kamu semua sikap dia jika mengingati mati?' Mereka tidak menjawabnya, maka baginda berkata, 'Dia tidak terpuji sebagaimana yang kamu semua puji'."

Ad-Daqqaq berkata: Ciri-ciri orang yang sentiasa mengingati mati adalah menyegerakan taubat, rendah hati dan rajin beribadah. Ciri-ciri orang yang tidak mengingati mati adalah menangguhkan taubat, tidak ikhlas dengan pemberiannya dan malas beribadah. Wahai orang yang lalai terhadap mati dan sakaratul maut, kematian adalah janji yang paling benar dan hakim yang paling adil. Mati menjadikan orang sedih dan menangis, memisahkan seseorang daripada masyarakat ramai, memusnahkan kenikmatan dunia dan memutuskan setiap angan-angan.

Wahai anak Adam, adakah kamu sudah memikirkan hari ketika nyawamu berpisah daripada badan, keadaanmu berubah daripada senang menjadi susah, sahabat dan teman-temanmu mengkhianatimu, saudaramu lari daripadamu dan alas tidur serta selimutmu adalah pasir dan tanah liat? Wahai kamu yang sentiasa mengumpulkan harta dan membina rurnah yang banyak, harta dan rumahmu tersebut tidak akan kamu bawa ke dalam kubur kecuali beberapa helai kain kapan. Oleh yang demikian, di mana harta yang telah kamu kumpulkan selama ini? Adakah hartamu dapat menyelamatkanmu daripada seksaan? Sekali-kali tidak, bahkan hartamu akan kamu tinggalkan kepada orang yang sekarang mereka tidak lagi memuji dan mendoakanmu. Allah s.w.t. berfirman,

وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأٓخِرَةَۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَاۖ وَأَحۡسِن كَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِي ٱلۡأَرۡضِۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٧٧

77. Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.

Ayat tersebut memerintahkan seseorang agar mencari kurnia Allah di dunia dan mencari kebahagiaan di akhirat. Sepatutnya usaha vang dilakukan seorang mukmin di dunia untuk mencari kebahagiaan di akhirat, dan seolah-olah dikatakan kepada mereka, "Jangan lupa bahawa kamu akan meninggalkan semua milikmu, kecuali beberapa helai kain kapan, seperti yang terdapat dalam syair berikut ini:

"Kami hanya akan memberimu sedikit daripada panjang masa yang kamu kumpulkan, laitu dua helai kain penutup jasad dan kapas penutup rongga."

 

 

 

 

ORANG YANG BIJAK DAN BERUNTUNG

 

Rasulullah s.a.w. bersabda:

الكَيِّسُ مَن دان نفسَه وعمِل لما بعدَ المَوتِ والعاجِزُ مَن أتبَعَ نفسَه هواها وتمنَّى على اللهِ

"Orang yang paling beruntung adalah yang mampu mengawal dirinya dan beramal kebajikan untuk kehidupan setelah kematian, sedangkan orang yang rugi adalah orang yang suka mengikut hawa nafsunya dan berharap banyak kebaikan daripada Allah."(HR. At-Tirmizi)

 

Abu Ubaid berkata, "Maksudnya adalah mengawal diri sehingga mahu beribadah kepada Allah s.w.t. serta melakukan amal soleh sebagai bekalan setelah mati dan ketika mengadap Allah s.w.t., tidak mensia-siakan usia yang diberi Allah serta mengingati dan sentiasa patuh kepada Allah dalam berbagai situasi dan keadaan. Semua perkara itu merupakan bekalan di akhirat."

Perkataan al-Kayyis juga bermaksud orang yang berakal, yang merupakan lawan perkataan al-Ajiz yang maknanya orang yang lemah atau bodoh. Orang yang lemah adalah yang sedikit melakukan amal perbuatan, amat kurang ketaatannya kepada Allah, sentiasa menuruti hawa nafsunya, dan sentiasa berangan-angan agar Allah s.w.t. mengampuni dosanya. Orang seperti ini termasuk golongan yang lalai, padahal Allah s.w.t. telah memperingatkan mereka agar melakukan segala perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Al Hasan Al-Basri berkata, "Orang yang menjadikan angan-angan sebagai tuhannya tidak akan membawa kebaikan ketika meninggal dunia. Jika salah seorang daripada mereka berkata, "Aku sudah berbaik sangka terhadap Allah s.w.t.," maka itu adalah dusta. Jika memang dia sudah berbaik sangka terhadap Allah s.w.t., tentu dia sentiasa melakukan amal soleh.

وَذَٰلِكُمۡ ظَنُّكُمُ ٱلَّذِي ظَنَنتُم بِرَبِّكُمۡ أَرۡدَىٰكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم مِّنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ ٢٣

23. Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu; (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka menjadilah kamu dari orang-orang yang rugi!

Sa'id bin Jubair berkata, "Lalai terhadap Allah s.w.t. menjadikan orang sentiasa melakukan perbuatan maksiat." Baqiyah bin Al-Walid berkata, "Abu Umair Ash-Shuri mengirim surat kepada beberapa temannya yang isinya seperti berikut:

"Kamu telah mengangan-angankan kesenangan dunia sepanjang hidupmu, dan berharap Allah s.w.t. mengabulkan angan-anganmu itu, padahal kamu sentiasa melakukan perbuatan dosa. ltu sama sahaja dengan menempa besi yang dingin:"

 

MENGINGATI KEMATIAN DAN KEHIDUPAN AKHIRAT SERTA ZUHUD TERHADAP DUNIA

Abu Hurairah r.a. berkata: Ketika Rasulullah s.a.w. mengunjungi kubur ibunya, baginda sedih dan menangis, bahkan orang di sekelilingnya turut menangis.

Rasulullah s.a.w. kemudian berkata,

'Aku telah meminta izin daripada Allah agar memberi keampunan kepadanya (ibu baginda) tetapi Allah tidak mengizinkan, kemudian aku meminta kepada Allah agar aku dapat mengunjungi kuburnya dan Allah pun mengizinkan. Oleh kerana itu, kamu semua hendaklah menziarahi kubur, kerana menziarahi kubur dapat mengingatkan akan kematian."

Dalam hadis lain dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Dahulu aku melarangmu menziarahi kubur, tetapi sekarang lakukanlah. Sesungguhnya menziarahi kubur dapat menjadikan diri zuhud terhadap dunia dan ingat akan kehidupan akhirat."

Para ulama sepakat bahawa menziarahi kubur bagi lelaki tidak dilarang, manakala menziarahi kubur bagi wanita masih ada perselisihan pendapat. Apabila wanita ketika menziarahi kubur bercampur dengan lelaki, maka menziarahi kubur seperti itu menjadi haram bagi mereka. Tetapi apabila mereka pergi dengan sesama wanita, maka menziarahi kubur seperti itu tidak dilarang. Wanita juga boleh menziarahi kubur, tetapi perlu terpisah daripada lelaki. Tidak ada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama mengenai perkara ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Lakukanlah ziarah kubur olehmu."

(Zuu ruu had) perintah yang terdapat dalam hadis tersebut adalah untuk lelaki dan perempuan. Apabila masa dan tempat menziarahi kubur boleh menyebabkan fitnah disebabkan bercampurnya lelaki dengan wanita, maka perkara itu tidak dibenarkan, kerana pandangan lelaki kepada wanita, atau sebaliknya, boleh menyebabkan fitnah. Oleh yang demikian, apabila mereka akan kembali daripada menziarahi kubur sebaiknya berjalan secara berasingan.

Para ulama mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. melaknat wanita yang menziarahi kubur (sebelum menziarahi kubur dibenarkan). Tetapi setelah Nabi mengizinkan menziarahi kubur, maka hukum menziarahi kubur bagi lelaki dan perempuan menjadi mubah (boleh), sebagaimana kami terangkan tadi.

Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib r.a., bahawa dia pergi ke kubur dan sesampainya di sana dia berkata, "Wahai penduduk kubur, ceritakan kepada kami tentang keadaan kamu semua. Atau jika tidak maka kami yang akan memberikan kamu semua berita." Ali kemudian berkata, "Berita daripada kami adalah, hartamu telah dibahagi-bahagikan, anak-anak perempuanmu telah dikahwinkan dan rumahmu telah dihuni oleh kaum yang bukan golonganmu." Ali berkata lagi, "Demi Allah, seandainya mereka (orang yang telah mati) dapat bercakap, maka dia akan berkata, 'Kami tidak pernah melihat bekalan yang lebih baik daripada takwa'."

Abu Al-Athiyah berkata dalam suatu syairnya:

"Betapa anehnya manusia yang sekiranya mereka berfikir

Dan muhasabah diri, maka mereka akan dapat melihat dengan mata hati

Mereka akan menyeberangi dunia ke dunia lain

Kerana dunia memang jambatan

Tidak akan ada kebanggaan kecuali takwa

Ketika Mahsyar terbentang

Sungguh mereka akan sedar

Bahawa takwa adalah perkara terbaik yang ditabung

Apa gerangan tanggapan makhluk yang awalnya air mani

Sedangkan akhirnya akan menjadi bangkai busuk?

Kini dia tidak punya persembahan yang diharapkan

Dan bahkan dia tidak pernah mahu terlewat daripada perbuatan terlarang

Di sana segala urusan dirinya akan diuruskan orang lain

Dia hanya akan menerima keputusan dan nasib."