Adab & Sunnah Menutup Aib atau Kesalahan Orang Lain

Nabi SAW suka tutup aib. Nabi SAW bersabda sesiapa yang tutup aib seorang muslim di dunia Allah akan tutup aibnya di dunia dan akhirat.

Jika anda ingin aib sendiri ditutup oleh Allah di dunia dan akhirat tutup atau jaga aib orang lain. Ini merupakan sikap manusia. Ada yang biasa dengannya dan ada juga yang menjauhinya. Iaitu suka curi kelemahan orang. Bila orang tersilap cakap dia tertawakanya. 

Dia akan cari kelemahan seseorang. Tabiat ini jika dibiarkan akan menjadi barah. Jadi tabiat ini perlu dihalang dari awal serta berusaha menutup aib orang agar aib kita ditutup oleh Allah. 

Jika kita buka Facebook kita lihat jumlah penonton, berapa ramai yang share cerita aib orang lain. Gadis itu jatuh atau buat benda itu, dedah keaiban seseorang, lihat orang itu buat apa? Jumlahnya mencapai sehingga ribuan juta. Sebaliknya perkara yang baik dan berakhlak tiada pula yang ambil berat. Kerana manusia perlu didik dirinya. Sikap itu buatkan orang lain menderita. 

Ada yang suka buat cerita, musnahkan hidup orang lain dengan fitnah dan dedah gambarnya dalam internet. Tindakannya memusnah masa depan orang itu. Masalah yang banyak diperkatakan ini perlu kita berhati-hati dengannya. Mereka yang aibkan anak gadis perlu tahu anaknya juga mungkin diaibkan. Mungkin dia yang diaibkan. Dalam interaksi, kita perlu anggap orang lain itu diri kita.     

Kisah tentang sikap menutup aib. Antara kisah masyhur dalam hidup Nabi SAW baginda didatangi seorang wanita yang mengaku berzina. Nabi SAW berpaling darinya dan berpura-pura tidak mendengarnya. Setiap kali dia bersemuka baginda akan berpaling darinya. Kerana baginda tak mahu dengar aibnya. Bila dia tetap degil dan bersamanya ayahnya Nabi SAW bertanya kau sudah hamil? Dijawab, ya sudah hamil. Lalu Nabi SAW berkata kepada ayahnya bawa anakmu dan berbuat baik dengannya. 

Di sini ada dua isu. Pertama, Nabi SAW tak tanya dengan siapa dia berzina. Zina berlaku antara dua pelaku. Kerana baginda suka menutup aib. Kedua, baginda takut dia dianiaya ayahnya, berbuat baiklah terhadapnya, baginda takut ayahnya aniayanya atas nama maruah. Baginda tahap belas kasihan dan simpati Nabi SAW. Selepas bersalin dia datang lagi, Nabi SAW suruh dia susukan anaknya. Peliknya di sini ialah baginda tidak menahan wanita itu. Nabi SAW lebih suka dia dilepaskan.      

Nilai menutup aib. Bila Allah tutup aib seseorang dia akan hargainya. Sabda Nabi SAW seluruh umatku akan diampunkan kecuali al-Mujahirun. Siapa dia al-Mujahir ya Rasulullah? Dijawab, dia berbuat dosa di malam hari maka Allah tutup aibnya pada paginya dia buka aibnya itu. Kenapa suka buka aib sendiri. Ada yang bermegah dengan keburukannya. Bila bertemu dengan rakannya dia sebut segala perbuatan buruknya. Masalahnya di sini ialah dia suka buka aib sendiri. Mujahir ialah yang dedah aib sendiri. Bagaimana dia berhak dapat lindungan Allah? 

Kesan menutup aib di hari kiamat.

Nabi SAW sebut ketika hari kiamat Allah menyeru Hamba-Ku bangun lah untuk dihisab. Nabi SAW bersabda Maka Allah menutup pandangan daripadanya. Tiada siapa dapat lihatnya ketika itu. Maka Allah berkata hambaku buat itu dan ini, namun tiada siapa tahu, Dengan rahmatNya aib hambaNya ditutup pada hari kiamat. Allah SWT berkata, HambaKu, Aku tutup aibmu di dunia dan Aku hari ini ampuni akan kamu kepada yang ingin meraih kurniaan ini, kita jaga aib orang ketika di dunia ini. 

Katakanlah, jika kamu mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu. (Al-Quran)