Bagaimana ekspresi Rasulullah SAW pada kebanyakan waktu? Nabi SAW merupakan insan yang sentiasa tersenyum kepada sahabat-sahabatnya. Baginda takkan berkata-kata tanpa tersenyum. Begitulah kehidupan Nabi SAW.

“Ceriakan dunia nescaya ia akan turut ceriakanmu, Ia merupakan satu ikutan bukan sekadar sebuah perumpamaan”

Rasulullah SAW jika tersenyum akan bersinarlah keseluruhan dinding. Yang bermaksud cahaya daripada wajah baginda SAW bersinar ke seluruh dinding yang mengelilingi baginda. Ada juga yang menggambarkan Nabi SAW jika baginda gembira seolah-olah matahari dan bulan beredar di sekeliling dahi baginda. Ia adalah gambaran yang indah kepada matahari dan bulan yang menunjukkan kepada cahaya baginda yang bersinar menenangkan dan penuh kerahmatan dengan senyuman lembut baginda SAW.

Perkara yang indah tentang kehidupan baginda SAW adalah baginda sentiasa tersenyum iaitu pada kebanyakan waktu baginda SAW akan tersenyum sehinggakan ada sahabat berkata kepada Jarir RA Sejak aku memeluk Islam, Rasulullah SAW tak pernah membelakangkan aku dan baginda tak pernah melihatku melainkan baginda sedang tersenyum, ini adalah fenomena yang luar biasa.

Baginda seorang insan yang anda kenali dan bergaul dengannya bertahun- tahun lamanya dan tak mungkin baginda melihat anda atau ketika anda berjumpa wajahnya sentiasa mengukirkan senyuman.

Kelebihan Senyuman

Senyuman memberi kelebihan kepada badan dan minda. Ia mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan pelbagai penyakit jantung. Ia membawa kepada anda suatu perubahan. Sekarang bayangkan jika anda terserempak dengan seseorang yang sedang keluar dari rumahnya dan dia bermasam muka kepada anda kemudian anda ke pejabat dan terserempak dengan seorang pegawai yang sedang bermasam muka, ketika berjalan anda terjumpa seseorang yang bermasa muka apa agaknya insan tersebut sedang rasakan? Sudah tentu dia merasakan sesuatu yang sempit.

Dia merasakan bahawa kehidupannya gelap. Tetapi bayangkan jika seorang insan daripada bangkitnya dia daripada tidur lalu mendapati pasangannya tersenyum, di pagar pula pengawal itu tersenyum, di jalanan dia dapati manusia saling bersalam- salaman sesama mereka dan saling berbalas senyuman, begitu juga jika dia tiba di tempat kerjanya dengan senyuman sudah tentu ini akan menyebarkan keceriaan.

Antara perkara penting mungkin manusia terlupa tentangnya senyuman bukanlah suatu adat, ia merupakan ibadah. Nabi SAW bersabda “Senyumanmu pada wajah saudaramu merupakan sedekah.”

Antara tempat yang Rasulullah SAW pernah tertawa dan baginda SAW sentiasa tersenyum pada kebanyakan waktunya : Pernah seorang sahabat Abu Darda RA setiap kali beliau bangun untuk berkata-kata di khalayak manusia beliau tersenyum sesetengan Jemaah berkata : Wahai Abu Darda manusia akan perbodohkan kamu, manusia akan kata orang ini bodoh kerana untuk apa tersenyum setiap masa? ini kerana sesetengah manusia berpendapat sedemikian, seorang insan jika dia sentiasa tersenyum bererti ada yang tak kena atau ada kekurangan pada maruah dan nilai dirinya, begitulah bagaimana sesetengah manusia berfikir bahawa senyuman mengurangkan nilai seseorang insan manakala kekerasan dan kemarahan menunjukkan ketinggian kedudukan dan maruah seseorang.

Kemudian Abu Darda berkata sesungguhnya aku melihat Rasulullah SAW ketika itu beliau mengingatkan manusia tentang qudwah sesungguhnya aku melihat Rasulullah SAW dan baginda takkan berkata-kata melainkan dengan tersenyum. Hadis ini membawakan kepada kita dua manfaat yang sangat besar.

Pertama : senyuman tak mengurangkan nilai insan bahkan senyuman menambah nilai seseorang insan. Kedua : Abu Darda merupakan contoh pengikut yang baik dan para sahabat merupakan pengikut setia Nabi SAW walaupun pada senyumannya. sehinggakan manusia berkata senyum hanya perkara biasa padahal tidak, walaupun pada senyuman Nabi SAW para sahabat tetap berusaha mencontohinya dan mereka sentiasa tersenyum ketika berkata-kata kerana mereka lihat Nabi SAW melakukannya.

Senyuman membawa suatu perubahan kepada anda, senyuman menambah keyakinan diri, senyuman memupuk kreativiti. Nabi SAW yang menjalani kehidupan dengan senyuman kepada para sahabat, para wanita, yang tua dan yang muda. Pada hari kewafatan baginda, ketika kesakitan menjengah baginda SAW kesakitan baginda ibarat kesakitan yang ditanggung dua orang pemuda bererti ia amat berat buat Nabi SAW, ketika baginda SAW berperang dengan kesakitan tersebut bayangkan pada hari kewafatan baginda hari isnin yang merupakan hari terakhir kehidupan Rasulullah SAW ketika solat subuh, para sahabat berada di masjid, Abu Bakar As-Siddiq bersolat bersama-sama mereka ketika Rasulullah menyelak tabir biliknya dan melihat kepada umatnya lalu baginda SAW tersenyum.

Senyuman ini luar biasa dan dinamakan senyuman perpisahan. Baginda melihat dan mendapati para sahabatnya berjemaah menunaikan solat subuh maka baginda menjadi senang hati lalu baginda melemparkan senyuman. Para sahabat yang menyaksikan senyuman itu berkata kami hamper nak berhenti daripada bersolat bermaksud mereka terlalu merindui Nabi SAW dan juga senyuman baginda SAW ia membuatkan mereka hampir berhenti bersolat hanya kerana senyuman baginda SAW dan itulah perkara terakhir tanda perpisahan Nabi SAW dan para sahabat RA iaitu dengan senyuman tersebut.

Jika seseorang faham erti senyuman yang dilemparkan Nabi SAW dengan penuh kasih sayang, dia akan tahu makna hidup yang penuh dengan senyuman seperti Nabi Muhammad SAW. Senyuman itu merupakan ikutan yang berkait rapat dengan senyuman perpisahan yang diajar oleh Nabi SAW pada pandangan terakhir baginda kepada sahabatnya RA.

Allah SWT berfirman : Katakanlah:”Jika kamu benar-benar cintakan Allah ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihimu. (Ali-Imran:31)