Bersukan merupakan antara aktiviti yang digemari manusia. Bersukan, suka bersukan, persaingan, Latihan, menguatkan badan, menjaga kesihatan dan memperoleh fizikal yang kuat dan sihat. Semua inilah yang dikejar oleh manusia tanpa mengetahui bahawa ianya berkaitan dengan kehidupan Nabi Muhammad SAW.

Nabi SAW mengajak dan menggalakkan umatnya dan baginda sendiri mementingkan amalan bersukan. Kita boleh katakan bahawa Nabi SAW merupakan antara atlet terbaik dan cara baginda menjaga tubuh badannya.

Nabi SAW bersabda : “Mukmin yang kuat lebih disayangi oleh Allah berbanding mukmin yang lemah.” Namun kekuatan boleh mempengaruhi seseorang kerana ia membantunya untuk taat dan berkhidmat kepada Allah. Ia juga membantu manusia menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya tubuh kamu berhak ke atas kamu.” Para sahabat menggambarkan kepada kita tentang fizikal Nabi SAW. Nabi SAW bertubuh kental, fizikal baginda mantap, perut baginda sekata dengan belakang badan.” Ia lambang kekentalan dan kekuatan Nabi SAW. Apabila Nabi SAW berjalan, ia kelihatan seolah-olah baginda menuruni cerun. Baginda berjalan dengan penuh bersemangat. Cuba lihat bila seseorang berjalan dengan bersemangat seolah-olah dia mengangkat kakinya tinggi dari tanah. Sesiapa yang berjalan berterusan begitu pasti akan berasa letih mengikut rentak jalan Rasulullah SAW yang laju walaupun kita dah mencuba dengan sedaya upaya. Cara jalan baginda Nampak biasa sahaja, namun para sahabat yang mengikuti baginda berasa letih kerana mengikutinya dari belakang. Itulah lambang kekuatan baginda SAW.

RASULULLAH SAW BERSABDA : “AJARILAH ANAK-ANAKMU BERENANG DAN MEMANAH.”

Nabi SAW mengamalkan aktiviti sukan yang wujud di zamannya seperti memanah. Baginda juga seorang penunggang kuda. Nabi SAW bersaing, Baginda juga bertarung dengan Rukanah dan mereka yang lain. Ini bermaksud baginda SAW amalkan semua jenis sukan yang terkenal pada zamannya.

Perkara penting yang boleh dipelajari daripada sunnah ini adalah pertama manusia perlu tahu ia adalah sunnah. Jika kita tahu bersukan itu sunnah, dan jika seseorang keluar dari rumah maka berniatlah untuk mengamalkan sunnah ini. Jika dia pergi bermain bola, menyertai bola baling atau apapun jenis sukan yang wujud sekarang berniatlah bahawa ia adalah untuk mengikuti sunnah Nabi SAW dan bersukanlah demi menguatkan badan untuk lebih taat kepada Allah SWT, menguatkan badan demi berkhidmat untuk keluarga, negara dan diri sendiri. Ini akan membuatkan bersukan menyihatkan dari dua aspek : menyihatkan hati dan badan.

Rasulullah SAW bersabda : “Berseronoklah dan amalkanlah bersukan aku tak suka orang melihat keterbatasan dalam agamamu.” Nabi SAW mengatakan bahawa jika kita mengamalkan aktiviti bersukan bersama keluarga yang ada niat, tujuan dan berfaedah, ia bukanlah sesuatu yang dilarang, bahkan ia akan mendekatkan seseorang kepada Allah. Ia menguatkan tubuh badan untuk berkhidmat demi agamanya apabila diperlukan. Nabi SAW berusaha dalam menggalakkan aktiviti bersukan kepada para sahabat hinggakan isteri-isterinya yang kebiasaanya menunggang haiwan tunggangan, untuk berjalan kaki.

Baginda SAW pernah berlumba dengan Aisyah. Ia adalah demi menggalakkan beliau untuk bersukan menguatkan badan demi menanggung pelbagai tanggungjawab. Ia juga menambah kecantikan dan penampilan beliau.

Rasulullah SAW bersabda : “Kebaikan terpahat di dahi kuda sehingga hari kiamat.” Antara aktiviti yang sering baginda amalkan adalah menganjurkan perlumbaan. Baginda SAW menganjurkan perlumbaan kuda. Baginda SAW akan menghadiahkan sesuatu kepada kuda-kuda tersebut dan menyifatkannya dengan sifat-sifat yang baik. Nabi SAW pernah mempunyai seekor unta Bernama al-‘Adba’. Ia seekor unta yang kuat dan tak pernah dikalahkan dalam mana-mana perlumbaan. Suatu hari, ketika Nabi SAW berlumba, seorang Badawi datang bersama untanya yang muda lalu mengalahkan unta baginda. Para sahabat bersedih kerana mereka sangat menyokong unta Nabi SAW. Mereka sangat sedih, Nabi SAW memerhatikan mereka, Baginda SAW bersabda : “Allah yang berhak menaikkan dan menurunkan sesuatu.” Begitulah keadaan sekarang. Apabila sesetengan orang bersedih kerana kalah, dia akan tertekan namun Nabi SAW berkata bahawa tidak mengapa jika kalah. Ia adala adat permainan yang harus diterima semua pihak. Baginda SAW berada sangat dekat dengan kita. Jika kita fikirkan dari bangun tidur hingga tidur semula Rasulullah SAW ada bersama kita. Inilah nilai sebenar mencontohi sunnah Nabi SAW. Baginda mengubah rutin harian kita daripada kosong tanpa nilai kepada sesuatu yang sangat berharga. Manusia akan terus membangun. Syukur kepada Allah SWT kerana Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang sempurna yang membawa kita kepada kebaikan. Baginda SAW telah membukakan untuk kita pintu segala kebaikan.