Hari raya adalah antara cara menunjukkan kegembiraan. Bagaimana Rasulullah SAW menzahirkan kegembiraan dalam berhari raya? Kita mesti belajar daripada baginda SAW cara bergembira. Allah SWT telah membukakan pintu kegembiraan dan mengambil iktibar daripada kegembiraan ini daripada segala segi.


Saidina Abu Bakar RA bertemu dengan anaknya Saidatina Aisyah RA beliau Nampak ada dua wanita menyanyi. Beliau berkata, “Seruling syaitan ada di rumah Rasulullah? Rasulullah SAW menjawab, “Biarkan dia”. “Setiap kaum ada perayaannya. Ini adalah perayaan kami.” Rasulullah SAW suka menzahirkan kegembiraan kerana kegembiraan ini adalah dengan keberkatan Allah. Keraian adalah salah satu ibadah juga. Ia mendekatkan kita kepada Allah SWT jika dilakukan dengan cara Nabi SAW.

Pada malam raya adalah antara malam yang perlu kita pentingkan untuk mencontohi Rasulullah SAW. Kita bukan sahaja dapat mencontohi baginda dalam solat, qiamullail dan amalan tetapi dapat mencontohi baginda ketika dalam keraian. Qiamulail pada malam raya adalah antara amalan terbaik kerana Allah SWT memberikan ganjaran yang sama seperti amalan kita pada sepanjang Ramadan. Kita perlu bersiap-siap pada malam raya lagi.


Sebelum keluar untuk solat raya kita perlu mandi, pakai pakaian terbaik, memakai wangian, memotong kuku, semua bentuk kebersihan dan penggunaan wangian mesti dizahirkan pada hari raya sebagai tanda kegembiraan. Rasulullah SAW memerintahkan para wanita dan kanak-kanak termasuk wanita yang sedang haid keluar semuanya untuk menzahirkan kegembiraan dan sebagai tanda syukur ke atas nikmat Allah SWT.


Antara Sunnah Rasulullah SAW pada hari raya ialah baginda akan makan selepas solat sunat hari raya ‘aidiladha, baginda makan daripada hidangan korban yang ada. Dilarang sama sekali menggunakan alatan mercun dan perkara yang merbahaya kepada manusia seperti memandu kereta dengan terlalu laju dan bahaya. Baginda juga telah melarang senjata dibawa pada hari raya kerana ditakuti akan memudaratkan orang lain.


Ibadah paling mulia pada malam raya ialah bertakbir dengan suara kita dan takbir akan bergema di seluruh alam itu lambang islam. Rasulullah SAW dan para sahabat bertakbir. Para sahabat bertakbir di Mina sehingga seluruh penduduk Mekah mendengar takbir mereka. Takbir sepatutnya bergema di semua jalan, pasar raya dan rumah. Malam raya mestilah bergema dengan takbir. Takbir ini ada makna antara kita dan Allah SWT.


Apabila kita hidup dengan makna sebenar takbir setiap kali kita nampak sesuatu di dunia, sebut Allah Maha Besar, Allah yang dalam hati saya lebih besar daripada segala-galanya. Jika kita faham makna takbir dan dapat rasakan kemanisannya pada hari raya maka kita akan sedar sesuatu. Rasulullah SAW tidak akan memerintahkan kita bertakbir dengan kuat pada hari raya kecuali pasti ada rahsia di sebaliknya. Bertakbirlah dan kuatkan suara kita pasti akan menemui rahsianya dengan makna takbir ini.


Antara sunnah raya yang penting adalah melakukan korban pada hari raya Aidiladha. Korban adalah antara ibadah mulia. Setiap bulu atau titisan darah ada pahalanya. Membahagikan daging kepada orang ramai membawa kegembiraan.


Kegembiraan pada hari raya adalah antara kita dan Allah SWT. Kita mesti mengambil kesempatan ini. Rasulullah SAW mengharamkan berpuasa pada hari raya sedangkan puasa antara ibadah yang besar tetapi saat raya adalah saat gembira… bergembiralah… walaupun ada beberapa perkara yang menganggu fikiran kita, jadikan hari raya sebagai hari gembira kerana kegembiraan pada keadaan itu ada keistimewaannya. Semoga dengan kegembiraan ini kita dapat raikan kegembiraan besar.


Apakah kegembiraan besar? Kegembiraan besar iaitu dapat bertemu Rasulullah SAW di Darul Karamah. Kita berdoalah agar kegembiraan kita di dunia sebagai jalan kegembiraan kita pada hari akhirat dengan redha Allah SWT dan dapat berdampingan. “Katakanlah jika kamu cinta kepada Allah SWT maka ikutilah aku (Nabi Muhammad SAW) nescaya Allah akan mencintai kamu