Nabi SAW bersabda bermusafir adalah satu penyeksaan. Namun begitu Nabi SAW menyatakan kepada kita bermusafir juga mempunyai banyak faedah. Sabda Nabi SAW bermusafirlah agar kamu sihat dan beruntung, dan satu riwayat lain bermusafirlah agar kamu sihat dan sejahtera. Tujuan perjalanan adalah baik dan betul. Jika musafir tanpa arah tujuan sudah tentu dia tidak menepati tujuan baik yang disebutkan oleh Rasulullah SAW.

Jika seseorang ingin bermusafir dia sepatutnya menunaikan solat sunat 2 rakaat di rumah sebelum bermusafir. Sabda Nabi Muhammad S.A.W, ” Perkara yang terbaik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki kepada ahli keluarganya apabila dia bermusafir ialah menunaikan solat 2 rakaat”. Inilah langkah pertama yang dilakukan sebelum seseorang itu keluar dari tempatnya.

Anatara sunnah Rasulullah S.A.W. ialah baginda suka bermusafir pada hari Khamis dan tidak suka bermusafir pada hari Jumaat. Seseorang sepatutnya tidak bermusafir pada hari Jumaat, menyebabkan dia gagal menunaikan solat Jumaat.

Nabi S.A.W. bersabda, “Bermusafirlah di malam hari kerana ia memendekkan perjalanan”. Kebiasaannya perjalanan dimudahkan di malam hari. Benarlah sabda Nabi S.A.W. bahawa jarak menjadi singkat di malam hari.

Antara perkara sunat dalam bermusafir ialah seseorang perlu membawa bersamanya beg kecil berisi keperluan asas untuk dirinya. Setiap kali bermusafir, Nabi S.A.W. membawa beg kecil berisi siwak. Baginda sentiasa membawa siwak ketika bermusafir. Baginda juga membawa sikat, cermin, celak dan kayu wangi. Kayu wangi ini dianamakan Al-Midra, dengannya baginda meleraikan rambut dan beberapa peralatan dan barang keperluan. Kemudian mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga, dengan memohon penjagaan daripada Allah S.W.T. Inilah sunnah yang dibaca oleh Nabi S.A.W. kepada beberapa sahabat, “Aku pohon agar kau dijagai Allah S.W.T. yang takkan hilang jagaan daripadaNya”. Sesungguhnya Allah SWT akan memelihara setiap jagaan- Nya.

Sunat bagi meminta didoakan oleh orang musafir. Sesungguhnya RasulullahS.A.W. meminta salah seorang sahabatnya iaitu Umar Al-Khattab agar mendoakannya ketika dia berangkat untuk bermusafir apabila dia datang meminta izin daripada Rasulullah S.A.W. Lalu Nabi S.A.W. bersabda, “Saudaraku, janganlah kau lupa untuk mendoakan kami. Rasulullah S.A.W. sendiri meminta sahabatnya mendoakan untuknnya.

Apabila keluar dari rumahnya, sunat kita membaca basmalah. ‘Dengan nama Allah aku beriman dan bertawakal kepada Allah dan tiada yang berkuasa melainkan Allah’. Apabila mula menaiki kenderaan untuk bermusafir, berdoalah dengan doa musafir. Terdapat banyak doa dan zikir bermusafir.

Bagi yang bermusafir, jika mudah baginya, agar memilih teman perjalanan yang pekerti. Sunat bagi yang bermusafir secara berkumpulan agar seorang daripada mereka menjadi ketua. Jika jumlah mereka 3 orang ke atas, mereka perlu bermesyuarat untuk memilih ketua. Sebagai pemimpin dan menyusun program perjalanan mereka. Inilah Sunnah Rasulullah SAW Juga salah satu Sunnah yang kini dilupai oleh kita.

Antara sunnah lain Rasulullah S.A.W. dalam bermusafir ialah sunat kita bertakbir ketika pada paras ketinggian dan bertasbih ketika turun keparas rendah. Ketika menaiki kapal terbang apabila dia mula berlepas dan terbang tinggi, sunat bagi kita bertakbir, Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Dan bertasbih ketika turun, Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!. Begitu juga kalau kereta kita mendaki bukit, jejantas atau kawasan tinggi. Sunat bertakbir setiap kali naik ke atas. Dan bertasbih ketika menurun. Juga sunat digunakan di mana-mana tempat dan Bandar.

Juga di antara sunnah Nabi S.A.W. ialah Al-Huda’ (nyanyian musafir). Diketahui, antara sunnah Nabi S.A.W. ialah mendengar nyanyian. Sebagai bukti bahawa Nabi S.A.W. suka mendengar nyanyian ketika dalam perjalanan. Rasulullah S.A.W. inginkan kita dalam suasana yang baik. Merehat dan menenangkan dirinya daripada suasana tegang yang mungkin dialami ketika bermusafir.

Nabi S.A.W. mengajarkan kita, apabila memasuki sesuatu pekan atau kampung kita disunatkan berdoa kepada Allah S.W.T. Setiap kali baginda memasuki sesuatu negara atau kampung, baginda akan berdoa agar Allah SWT permudahkan perjalanannya. Jika seseorang itu mengamalkan sunnah ini, Allah SWT akan lindunginya setiap kali dia melalui sesuatu kawasan.

Nabi S.A.W. juga berpesan agar kita membawa balik hadiah. Pastikan ada hadiah ketika balik daripada bermusafir. Biarpun hadiah tersebut hanya kecil tetapi amat bernilai bagi ahli keluarga, kanak-kanak, sanak saudara dan rakan karib. Hadiah mengeratkan hati manusia. Terutama apabila pulang dengan membawa hadiah. Ramai yang pulang dengan membawa hadiah. Tetapi siapa antara kita yang merasai ia adalah sunnah dan ikutan daripada Rasulullah S.A.W.

Inilah keistiewaan kepada yang tahu dan belajar tentang sunnah Nabi S.A.W. Apabila kita melaksanakan salah satu daripada sunnah ini, kita dapat merasai perjalanan kita dalah perjalanan yang luar biasa. Dipenuhi dengan berbagai manfaat dan faedah dan keagamaan serta mencontohi penghulu para nabi S.A.W.

Katakanlah jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu. (Surah Al-Imran: 31)