Allah SWT berfirman dalam kitab-Nya “Dan golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu.” Allah SWT telah peruntukkan kepada golongan kanan dengan kemuliaan dan ketinggian.


Nabi SAW suka memulakan dengan kanan dalam setiap urusannya. Seperti yang diriwayatkan dalam banyak hadith Rasulullah SAW suka bermula dengan bahagian kanan. Ketika makan, minum, memakai selipar dan ketika berjalan. Kebanyakan urusannya, Baginda SAW suka memulakan dengan bahagian kanan. Dalam memberi dan urusan lain Baginda suka mengguna tangan kanan.


Jika kita benar-benar cintakan Nabi SAW pasti kita akan suka dengan apa yang disukai oleh Nabi SAW. Nabi SAW suka dalam mendahulukan bahagian kanan, perkataan penting di sini bagi Nabi SAW ia bukan sekadar amalan tetapi kesukaan Baginda. Kita patut mencontohi Nabi SAW dalam semua perkara. Nabi SAW pada peristiwa Hajjatul Wada’ ketika tukang cukur hendak mencukur rambut baginda telah ditegur oleh Nabi SAW : “ Mulakan cukur dari bahagian kanan.” Nabi SAW mengajarnya kerana baginda sukakan amalan mendahulukan kanan.

Fakta sains telah membuktikan suluruh pergerakan dalam tubuh manusia bergerak mengikut sistem yang terperinci. Setiap pergerakan bermula dari bahagian kanan dan bergerak ke kiri. Ambil dan memberi dengan tangan kanan adalah Sunnah harian. Dalam sehari, berapa kali kita memberi dan menerima sudu, pinggan, kertas dan pensil.


Sebahagian kita banyak dalam berinteraksi seperti penjual atau juruwang dan penjual di pasar raya, berapa kali mereka mengambil dan memberi duit atau bil kepada pelanggan? Ratusan kali, paling minimum 200 kali dalam sehari. Bermakna, dalam setahun dia melakukannya sebanyak 70 hingga 80 ribu kali atau lebih dari itu dia melakukan interaksi tersebut.


Satu kisah tentang Nabi SAW suka mendahulukan kanan, suatu hari baginda duduk untuk minum, di kanannya ketika itu Ibnu Abbas budak kecil berumur sekitar 6 atau 5 tahun. Di kirinya pula, Abu Bakar dan Umar dua sahabat mulia. Apabila Nabi SAW minum, Dia suka mendahulukan kanan, Dia berpaling kepada Ibnu Abbas dan berkata “Izinkan aku berikan minuman ini kepada mereka dahulu? Lalu dia menjawab: Ya Rasulullah, takkan ada yang membantahmu, maka Nabi SAW berikan minuman itu kepadanya dahulu.


Sunnah mendahulukan kanan mengatasi segala kelebihan. Abu Bakar RA seorang tokoh dan alim tetapi Sunnah mendahulukan kanan diutamakan. Saya perlu mendidik anak saya, Jika dia memberi air atau kurma dia perlu bermula dari sebelah kanan biarpun di sebelah kiri saya lebih tua dan alim. Inilah Sunnah Rasulullah SAW.


Mendahulukan kanan ialah Sunnah bagi seluruh para Nabi. Di dalam kitab-kitab agama samawi, Penganut agama terdahulu menggunakan tangan kanan ketika makan dan menyukai dalam mendahulukan kanan. Indahnya! Manusia boleh merasakannya.


Saya bersangka baik kepada Allah SWT, saya gunakan tangan kanan ketika menerima sesuatu, ketika menyikat rambut, mulakan kanan sebelum kiri, masuk ke rumah dengan kaki kanan, masuk ke masjid dengan kaki kanan, saya pentingkan bahagian kanan.


Pada hari kiamat nanti, golongan mukmin yang berjaya akan menerima buku amalan mereka dengan apa? Mereka akan menerimanya dengan tangan kanan mereka. Seperti firman Allah SWT tentang mereka “Sesiapa yang menerima surat amalnya dengan tangan kanannya


Mendahulukan kanan dalam sudut etika pula seseorang itu perlu menggunakan tangan kiri atau seumpamanya. Mendahulukan kanan adalah Sunnah Nabi kita dan para nabi yang terdahulu.


Nabi SAW pernah menasihati seorang lelaki, Jangan makan dengan tangan kirimu, sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya. Syaitan suka menggunakan tangan kirinya dan Nabi SAW suka menggunakan tangan kanannya. Siapa yang kamu lebih sayang? Siapa yang menjadi ikutan kamu? Dan Sunnah siapa yang anda pilih?


Prihatinnya kita terhadap amalan Sunnah Rasulullah SAW takkan menjadikan kita mundur atau kolot. Sebaliknya, jika kita berpegang dengan Sunnah Nabi SAW Allah akan mengurniakan kita kekuatan, kemuliaan dan kasih sayang.


Allah SWT berfirman dalam al-Quran “Katakanlah, jika kamu mencintai Allah ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu. Saya rasakan, jika saya berikan sesuatu kepada orang lain dengan tangan kanan akan bertambah cintanya Allah kepada saya. Memberikan nikmat cinta-Nya kepada saya. Sunnah Nabi SAW begitu bernilai bagi hidup saya jika penghayatan sebegitu dihayati. Perjalanan hidup saya mengikut Sunnah Rasulullah SAW