Antara hal kenabian yang agung ialah zikir kepada Allah. Zikir ialah kunci mendekatkan diri (kepada Allah) dan antara amalan yang teragung. Dan Nabi SAW merupakan orang paling banyak berzikir kepada Allah. Saidatina Aisyah menceritakan bahawa Baginda SAW mengingati Allah di dalam setiap urusan. Baginda mengingati Allah pada setiap masa.

Apabila Baginda ditanya oleh seorang lelaki, “Wahai Rasulullah, terdapat banyak syariat Islam, maka wasiatkanlah aku dengan sesuatu jika aku beramal dengannya, aku akan masuk syurga.” Baginda berkata kepadanya, “Basahilah lidahmu dengan zikir kepada Allah.”

Baginda SAW mempunyai zikir yang mutlak, Baginda mengingati Allah pada setiap waktu. Dan Baginda juga berzikir kepada Allah dalam urusan yang berbeza dari pagi hingga malam, Setiap amalan Baginda terikat dengan zikir, dengan Basmalah, puji-pujian dan doa kepada Allah SWT.

Dengan itu, Nabi SAW mempunyai zikir yang berkaitan dengan masa. Baginya zikir pada waktu pagi, zikir waktu petang dan lain-lain lagi. Nabi SAW sentiasa berdamping dengan Allah. Malah Baginda menggalakkan para sahabat agar berzikir, bahkan di dalam setiap peluang. Baginda mengajar para sahabat dan ummatnya untuk berzikir. Baginda tidak pernah melepaskan peluang tersebut.

Pernah sekali semasa Baginda dalam perjalanan dan Baginda sampai ke satu tempat yang dipanggil Bukit ‘Jumudan’ Baginda SAW bersabda, “Golongan ‘Mufarridun’ akan mendahului Jumudan ini.”

Baginda seperti ingin menyedarkan mereka apakah maksud ‘mendahului’. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah ‘Mufarridun’?” Baginda menjawab, “Mereka yang banyak berzikir kepada Allah SWT, atau mereka yang kerap dan banyak berzikir kepada Allah SWT.”

Allah SWT telah berfirman dalam hadith Qudsi “Siapa yang mengingatiku pada dirinya, Maka Aku mengingatinya pada diriKu. Siapa yang mengingatiku di dalam kumpulan, maka Aku akan mengingatinya di dalam kumpulan yang lebih baik dari mereka.”

Nabi SAW sangat menyukai majlis-majlis zikir dan mereka yang berkumpul untuk berzikir. Sehingga pernah sekali Baginda keluar kepada para sahabatnya maka Baginda mendapati mereka sedang mengingati Allah. Baginda bertanya, “Apa yang kamu sedang lakukan? Mereka menjawab, “Ya Rasulullah, kami sedang mengingati Allah, kebaikanNya dan segala kurnianNya ke atas kami.” Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu hanya duduk untuk mengingati Allah?” Baginda menyuruh mereka bersumpah. Mereka menjawab, “Demi Allah, kami hanya berkumpul untuk tujuan ini wahai Rasulullah.” “Adapun aku bukan menyuruhmu bersumpah untuk menuduhmu, tetapi Jibril telah datang kepadaku, dan memberitahuku bahawa Allah berbangga denganmu di hadapan para malaikatNya.”

Jika manusia menghayati makna ini bahawa Allah berbangga dengan manusia yang berkumpul untuk mengingatiNya, Allah berfirman : “Sesiapa yang mengingatiku pada dirinya, Maka Aku akan mengingatinya pada diriKu dan siapa yang mengingatiKu di dalam kumpulan, maka Aku akan mengingatinya di dalam kumpulan yang lebih baik.

Nabi SAW memberitahu kita mengenai suatu pemandangan yang sangat indah. Sesungguhnya Allah mempunyai malaikat yang mencari dan singgah di dalam majlis zikir. Jika mereka menjumpai suatu kaum yang mengingati Allah, mereka berkata, “Pergilah kepada apa yang kamu cari” dan mereka berbondong-bondong sehingga ke langit dunia.

Pemandangan yang menakjubkan, perkumpulan malaikat di majlis sehingga ke langit. Apabila mereka pulang selepas itu, Allah SWT bertanya kepada mereka, “Bagaimana hamba-hambaku? Mereka menjawab, “HambaMu bertasbih, memuji- mu sehingga ke akhir majlis” Maka Allah berfirman, “Saksikanlah wahai malaikat bahawa Aku telah mengampuni mereka.” Mereka berkata, “Wahai Allah, fulan ini datang untuk mengambil tahu (hal orang)” Allah berfirman, “Sesungguhnya aku telah mengampuninya, mereka adalah kaum yang tidak sia-sia perkumpulan mereka.”

Mereka itulah ahli zikir yang telah disebutkan hak mereka oleh Allah melalui NabiNya, “Dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka (ahli zikir)”- al- Kahfi : 28. Mereka ialah golongan yang selalu melazimi zikir kepada Allah SWT.

Nabi SAW mempunyai zikir yang sentiasa dilakukannya. Dan mestilah setiap pengikutnya mengambil berat akan zikir-zikir tersebut. Sebaik-baik zikir ialah Laa ilaha illallah. Sebaik-baik zikir adalah Laa ilaha illallah. Sebaik-baik ucapanku dan para Nabi ialah Laa ilaha illallah. Ia merupakan ucapan ikhlas, tauhid dan kunci syurga. Seorang muslim perlu memperbanyakkan ucapannya.

Antara zikir yang agung ialah “Subhanallahi wabihamdihi Subhanallahil Adzim.” Sabda Rasulullah SAW, “2 kalimah yang ringan pada lisan, berat pada timbangan, disukai oleh Allah, Subhanallahi wabihamdihi, Subhanallahi ‘Adzim.” Para sahabat

r.a berkata, “Di dalam majlis bersama Rasulullah, kami sentiasa membaca ucapan ini 100 kali”

“ Wahai tuhanku, ampunilah aku, dan terimalah taubatku, Sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Penerima Taubat dan Maha Penyayang” Maka hendaklah bagi setiap Muslim mengamalkannya kerana Nabi SAW sentiasa membaca zikir ini di setiap majlis.

Antara zikir yang paling penting ialah Baqiatussolihaat Rasulullah SAW bersabda, “Ucapan Subhanallah, Alhamdulillah, Lailaahaillallah, Allahu Akbar lebih baik bagiku daripada terbitnya matahari serta dunia dan seisinya.”

Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya aku melihat seorang lelaki yang pada malam mi’raj yang disinari dengan cahaya arasy’ Aku bertanya, “Adakah dia seorang Nabi?, Jibril menjawab, “Bukan” Aku bertanya, “Seorang Malaikat?”, Jibril menjawab, “Bukan” Aku bertanya, Maka siapakah dia? Jibril menjawab, ini adalah lelaki yang lidahnya basah dengan zikrullah.”

Sesiapa yang suka melalui syurga di dunia, maka hadirilah majlis-majlis zikir. Sesungguhnya ia adalah taman-taman syurga di dunia.” Perkara terpenting bagi zikir ialah hati yang hadir terhadap Allah, dan merasakan bahawa Allah sentiasa melihatku, dan Dia sentiasa bersamaku. Dan Dia mengingatiku ketika mana aku mengingatiNya.

Maka ini merupakan makna firman Allah, “Maka ingatilah Aku, nescaya Aku mengingatimu” dan Rasulullah SAW menekankan kepada kita mengenainya di dalam banyak hadis Qudsi iaitu “Sesiapa yang menyebut namaKu secara bersendirian, Maka aku akan mengingatinya pada diriKu” dan siapa yang menyebut namaKu di dalam kumpulan, nescaya Aku menyebut namanya di dalam kumpulan yang lebih baik”.

Ini bermakna, jika manusia memahaminya, ia merupakan pertalian antara dirinya dengan Allah SWT. Dan sesungguhnya Allah SWT berfirman, “Aku bersama hambaKu selagi mana lidahnya menyebut namaKu”.

Begitulah Nabi datang kepada kita untuk menghidupkan dan meningkatkan keimanan dan pengetahuan kepada Yang Maha Penyayang dan kita dapat mengambil daripada rahsia firman Allah SWT “Katakanlah jika engkau mencintai Allah, maka ikuti- lah aku, nescaya engkau dicintai Allah.”