Sunnah mandi

Islam adalah agama kesucian. Jika kita membaca sirah Nabi Muhammad SAW kita akan dapati baginda dalam hidupnya adalah manusia yang paling cenderung kepada kebersihan dan kesucian. Walaupun Allah SWT menjadikan baginda dalam keadaan suci lagi menyucikan. Tetapi baginda tetap suka bersuci dan bersih.

Bersuci ada yang wajib dan juga sunat. Yang wajib mandi ketika bersuci dari junub, haid dan lain-lain lagi. Manakala yang sunat pula seperti mandi jumaat, dua hari raya, mandi untuk solat gerhana matahari dan bulan. Sunat bagi kita membersihkan diri kita menghadiri sebarang keramaian. Juga sunat kita membersihkan diri ketika masuk ke Mekah untuk Ihram dan haji.

Berlebihan yang ditunjukkan Nabi SAW dalam bersuci adalah satu perkara baru bagi kaum arab dan manusia ketika itu. Nabi SAW telah menyedarkan manusia agar bersuci dengan sebaiknya dan membersihkan diri keseluruhannya.

Cara Bersuci

1. Perkara pertama baginda lakukan ialah membasuh tangannya.

2. Kemudian baginda membasuh tempat hadas dan menghilangkan bekas, maksudnya baginda menyucikan najis di bahagian depan dan belakang.

3. Setelah Nabi SAW menyucikan bahagian tersebut baginda berwuduk seperti wuduk solat.

4. Kemudian baginda melerai rambutnya dengan jari jemari dan menuang air ke kepala agar seluruh rambut mengenai air. Kerana Nabi SAW mengingatkan kita dengan sabdanya: “Setiap urat rambut terdapat junub.” Oleh itu, kita patut memastikan setiap rambut hendaklah dibersihkan.

5. Setelah baginda meleraikan rambutnya, Nabi SAW menuang air sebanyak 3 kali ke atas kepalanya.

6. Kemudian baginda membasuh sebelah kanan bahagian depan.

7. Kemudian baginda membasuh bahagian belakang di sebelah kanan. Maksudnya baginda basuh bahagian depan di sebelah kanan dan terus ke belakang.

8. Kemudian sebelah kiri bahagian depan dan belakang.

9. Kemudian baginda membasuh kedua kakinya. Mungkin baginda basuh kakinya ketika berwuduk dan dikira bersuci. Dalam mandi junub, disunatkan kita lebihkan tumpuan di bahagian sendi.

10. Kepada yang badannya berisi perlu beri perhatian kepada bahagian sendi, bahagian bawah lutut, bahagian ketiak, juga bahagian antara 2 peha.

11. Pastikan air sampai ke bahagian anggota yang tidak terkena air dengan menggosok dengan tangannya. Sehingga dia yakin seluruh anggota badannya mengenai air.

Inilah mandian wajib. Cara ini sunat dibuat pada mandian yang lain. Boleh dibuat pada mandian sunat atau biasa. Menggunakan cara ini sepenuhnya termasuk sunat dalam berwuduk seperti bersiwak, membaca Basmalah dan melakukan 3 kali, juga di akhiri dengan doa seperti doa ketika selesai berwuduk.

Teguran penting mengenai bersuci. Sunnah Nabi SAW, baginda tidak mandi dalam keadaan bogel. Maksudnya, baginda mandi dengan memakai kain penutup. Menutup bahagian antara pusat dan lutut. Apabila baginda ingin membasuh bahagian berkenaan baginda akan mengangkat kain dan memasukkan air di bawah kain tersebut. Ini salah satu sunnah Rasulullah SAW. Inilah sunnah yang diabaikan oleh kebanyakkan orang. Iranya berkaitan dengan sifat malu. Dengan sifat malu dan ketakwaan dalam hati semestinya kita melakukan semua sunnah ini.

Nabi SAW melarang pembaziran. Firman Allah SWT “Sesungguhnya orang-orang yang boros adalah saudara-saudara syaitan.” Nabi SAW juga melarang membazir ketika berwuduk dan bersuci. Nabi SAW ketika mandi hanya menggunakan satu Sa’. Satu Sa’ sama dengan 4 gelen atau bersamaan dengan air mineral bersaiz besar atau lebih sedikit. Dengan kuantiti Sa’ yang digunakan Nabi SAW gunakan untuk bersuci. Betapa baginda memelihara air sehingga baginda bersabda: “Makruh dalam berbazir menggunakan air ketika berwuduk atau beribadah walaupun diambil dari sungai yang mengalir. Maksudnya makruh kita membazirkan air walaupun di sungai yang mengalir.

Ketika baginda sakit dan menghampiri kematian baginda telah mengajar orang lain cara memandikannya setelah dia wafat. Baginda meminta mereka memandikannya dengan air dari telaga tertentu. Nabi SAW bersabda kepada mereka: “Bila aku mati mandikan lah aku dengan air telagaku, telaga Ghars. Betapa mulainya didikan Nabi SAW, wajib ke atas kita mengikuti, beramal, mencontohi dan mengikut petunjuk. Seterusnya diangkat martabatnya dan berolah cinta Allah.