Cascading Style Sheet (CSS) ialah salah satu bahasa pengaturcaraan yang merupakan tambahan (extension) kepada HTML.
CSS membenarkan perubahan kepada gaya sesuatu laman web dan menerangkan persembahan bagi sesuatu dokumen HTML.
Terdapat tiga cara untuk menulis CSS dalam HTML, iaitu:
Helaian gaya luar (External Style Sheet)
Helaian gaya dalaman (Internal Style Sheet)
Gaya dalam barisan (Inline Style)
Bahagian ini akan menetapkan kedudukan sesuatu komponen atau tag dalam “<body>” seperti “<h1>”.
Kedudukan ditetapkan dengan penetapan komponen-komponen CSS, iaitu bekas atau container seperti “<h1>”, jenis kedudukan seperti relative, lebar bekas (width) dan tinggi bekas (height) dalam piksel atau peratus dan kedudukan seperti top, left, right dan bottom dalam piksel.
Kedudukan bermula daripada nilai-nilai top 0, left 0, right 0 dan bottom 0.