Interaksi antara manusia dengan komputer merupakan proses, dialog atau kegiatan yang dilakukan oleh manusia untuk berinteraksi dengan komputer.
Interaksi antara manusia dengan komputer perlu bersifat jelas, intuitif dan semula jadi supaya sesuai digunakan oleh pengguna daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Interaksi antara manusia dengan komputer mengambil aspek kehidupan seharian dan menggunakan aspek tersebut dalam perancangan membangunkan perisian serta peranti.
Pengguna mahu membeli atau menggunakan produk yang mempunyai kebolehgunaan yang tinggi, selamat, berguna, berfungsi dan dalam jangka masa yang panjang, lebih membantu dan menyeronokkan pengguna dalam kehidupan seharian.
Berkeupayaan untuk menghasilkan output dari satu set input yang diberikan lebih cepat dengan menggunakan sumber pekerja, teknologi dan sistem secara optimum dan menukar input kepada output yang berguna.
Jika produk tidak berfungsi dengan sempurna, pengguna akan menghantar produk untuk dibaiki.Hal ini akan meningkatkan kos selepas jualan.
Elakkan daripada melaksanakan ciri-ciri yang tidak disukai pengguna dan produk yang tidak cekap. Jika kedua-dua perkara ini dielakkan, kos pembangunan dapat dijimatkan.
Infrastruktur teknologi bagi satu kawasan yang baharu akan dibangunkan untuk memberikan peluang kepada manusia yang ingin mengembangkan aktiviti dan menambahkan pengalaman dalam kehidupan mereka.
Arus perkembangan laman sesawang menjana persekitaran interaktif sosial untuk mewujudkan peluang berkomunikasi atau perhubungan sosial antara manusia. Manusia tidak akan berinteraksi dengan mesin atau komputer sahaja, malahan manusia akan berinteraksi dengan manusia yang lain melalui penggunaan komputer.