Giliran (Queue) merupakan struktur data linear, iaitu pengumpukan nilai dalam ruang ingatan secara teratur. Queue boleh membuang nilai lama, iaitu nilai yang terawal dimasukkan. Kaedah ini dipanggil FIFO (first-in, first-out ).
Untuk memahami konsep queue ini, cuba murid bayangkan sistem angka giliran di kaunter bank.
Pelanggan akan dipanggil dan dilayan mengikut turutan nombor tiket yang diambil.
Operasi queue
Terdapat dua operasi penting dalam queue, iaitu:
1 enqueue – Memasukkan data ke dalam queue
2 dequeue – Membuang data lama dalam queue