Pangkalan data dibangunkan untuk sistem maklumat yang berada dalam pelbagai persekitaran.
Persekitaran ialah organisasi di mana pangkalan data direka bentuk, dibangunkan dan digunakan.
Pangkalan data diperlukan untuk menyimpan data-data dari persekitaran untuk memproses sistem maklumat.
Untuk mewakili persekitaran tersebut,pangkalan data mengandungi komponen-komponen yang terdiri daripada entiti, atribut, set hubungan dan kekardinalan dalam reka bentuknya
Entiti merujuk suatu objek unik dan boleh dikenal pasti dalam sesuatu persekitaran seperti orang, tempat atau benda.
Entiti mempunyai data-data deskriptif yang boleh dikutip dan disimpan.
Bukan semua objek sesuai dijadikan entiti. Jika tiada data dapat dikaitkan atau tiada keperluan untuk menyimpan data berkenaan sesuatu objek, maka objek tersebut tidak sesuai dijadikan sebagai entiti.
Dalam pangkalan data, setiap jadual mewakili satu entiti manakala setiap rekod mewakili kejadian satu entiti.
Apabila mereka bentuk entiti di atas kertas, gunakan simbol segi empat tepat dan tulis nama entiti.
Nama entiti seharusnya kata nama umum yang bersesuaian. Kata nama khusus tidak sepatutnya digunakan.
Entiti mempunyai data-data deskriptif.
Atribut penting kerana menerangkan ciri-iciri sesuatu entiti.
Dalam pangkalan data, atribut ialah lajur-lajur dalam jadual dengan nama lajur sebagai nama atribut.
Bagi setiap rekod, nilai atribut boleh diisi di bawah setiap lajur.
Apabila mereka bentuk atribut di atas kertas, tulis nama atribut dalam simbol bulatan bujur. Kemudian, lukis garis lurus menghubungkan simbol atribut dengan simbol entiti berkaitan.
Set hubungan ialah koleksi sepasang entiti subjek-objek yang mempunyai hubungan yang sama.
Set hubungan menggunakan sintaks yang berikut.
<entiti subjek> <hubungan> <entiti objek>
Kekardinalan merujuk perhubungan antara entiti.
Kekardinalan menyatakan bilangan entiti yang boleh dihubungkan dengan entiti yang lain melalui set hubungan.
Jenis -Jenis kekardinalan
satu-ke-satu (1:1),
satu-kebanyak (1:M)
banyak-ke-banyak (M:N).