Interaksi ialah tindakan atau perhubungan aktif antara satu dengan yang lain.
Pada era globalisasi ini, manusia dan komputer saling memerlukan di samping menjadi medium utama dalam pembangunan dan perkembangan pelbagai bidang.
Interaksi manusia dan komputer melibatkan kajian tentang cara teknologi komputer mempengaruhi kerja dan aktiviti manusia.