Paparan dan reka bentuk skrin memainkan peranan yang penting dalam membangunkan sesebuah program atau perisian.
Reka bentuk yang mudah dan lengkap serta mesra pengguna perlu dititikberatkan oleh seorang pereka bentuk skrin.
Proses mereka bentuk paparan skrin akan melalui proses yang sama berulang kali sehingga benar-benar menjadi produk yang baik dan menepati keperluan pengguna.
Proses reka bentuk interaksi terdiri daripada empat aktiviti asas iaitu mewujudkan keperluan (establishing requirements), mereka bentuk kaedah atau alternatif yang dapat memenuhi keperluan tersebut,menghasilkan prototaip reka bentuk supaya prototaip tersebut boleh disampaikan selari dengan keperluan produk dan membuat penilaian ke atas reka bentuk produk tersebut.