Data ialah sumber komputer untuk membuat perancangan dan keputusan. Jumlah data yang perlu diproses oleh komputer adalah besar. Tambahan pula, data ini perlu dikongsi dengan efisien dan selamat.
Pengendalian data dalam jumlah yang besar amat mencabar kerana data yang disimpan mungkin mengandungi ralat, berulang ataupun tidak dikemas kini dengan lengkap.
Data yang diproses ini akan menjadi maklumat yang berguna kepada pengguna.