Rajah hubungan entiti ialah model asas dalam membina pangkalan data.
ERD merupakan teknik yang digunakan untuk memodelkan data yang diperlukan dalam suatu organisasi.
ERD juga menerangkan konsep tentang struktur pangkalan data. Terdapat tiga komponen asas dalam ERD, iaitu entiti, atribut dan perhubungan.
Kunci primer ialah atribut unik yang membezakan rekod dalam sebuah pangkalan data. Setiap entiti hanya mempunyai satu kunci primer sahaja.
Contoh kunci primer untuk entiti MURID ialah NoKadPengenalan dan kunci primer untuk entiti GURU ialah NoKakitangan.
NoKadPengenalan bersifat unik kerana seorang murid hanya mempunyai satu NoKadPengenalan dan nombornya berbeza dengan murid yang lain.Tidak ada murid yang mempunyai NoKadPengenalan yang sama.
Dalam ERD, kunci primer hendaklah digariskan.
Kekardinalan menunjukkan hubungan dari segi kuantiti data antara suatu entiti dengan entiti yang lain.
Terdapat dua jenis kekardinalan, iaitu:
Minimum data suatu entiti berkait dengan entiti lain.
Contoh: Katakan terdapat dua entiti, iaitu GURU dan MATAPELAJARAN. Seorang GURU mengajar sekurang-kurangnya satu MATAPELAJARAN. Maka kekardinalan minimum ialah satu kerana seorang guru mesti mengajar sekurang-kurangnya satu mata pelajaran. Tidak ada guru yang tidak akan mengajar.
Maksimum data suatu entiti berkait dengan entiti lain.
Contoh: Satu MATAPELAJARAN boleh diajar oleh seorang GURU atau lebih. Seorang guru boleh mengajar maksimum lebih dari satu mata pelajaran. Maka kerkardinalan maksimum adalah banyak.