Setiap laman web akan mengehendaki pengguna memasukkan input yang berbeza bagi membenarkan sistem memaparkan maklumat mengikut keperluan pengguna tersebut.
Cuba anda bayangkan tanpa laman web, bagaimanakah anda akan berinteraksi dengan sistem perbankan, enjin carian ataupun media sosial?
Mampukah anda berinteraksi dengan sistem?
Kewujudan laman web ini adalah untuk menjadi perantara dalam menentukan bagaimanakah pengguna boleh berinteraksi dengan sesuatu sistem dalam Internet.
Konsep pelanggan/pelayan model yang digunakan bagi menyokong komunikasi menerusi Internet.
Model ini berasaskan pengagihan fungsi antara klien dengan pelayan.
Klien ialah apa-apa mesin atau proses yang memohon servis yang spesifik daripada pelayan manakala pelayan ialah mesin atau proses yang memberikan servis kepada klien.
Proses klien dan pelayan ini boleh berlaku dalam satu sistem komputer yang sama atau dalam sistem komputer yang berbeza yang dihubungkan melalui rangkaian.
Dalam persekitaran Internet dan rangkaian, pelayar web akan bertindak sebagai klien web manakala pelayan web pula adalah sebagai pelayan.