Standard library dalam pengaturcaraan merupakan koleksi kaedah atau fungsi yang disediakan dan diguna pakai sewaktu implementasi dalam kod atur cara.
Standard library perlu ditakrifkan dalam spesifikasi bahasa pengaturcaraan.
Standard library juga merupakan sebahagian daripada arahan dalam atur cara, termasuklah definisi bagi algoritma yang biasa digunakan, struktur data, dan mekanisme bagi input dan output.
Antara standard library yang terdapat dalam JavaScript:
math.js bagi fungsi-fungsi matematik seperti math.sqrt()dan math.pow()
date.js bagi fungsi-fungsi tarikh seperti date.now() dan date.format()
Digunakan tanpa mengetahui cara pelaksanaannya.
Boleh digunakan berulang-ulang kali apabila diperlukan dalam atur cara dengan hanya memanggil fungsinya.
Dapat mengurangkan masa pembangunan atur cara kerana tidak perlu menulis pernyataan berulang-ulang kali.