Teknologi digital dalam bidang pengkomputeran berkembang dengan pantas seiring dengan perkembangan sistem komunikasi rangkaian.Kedua-dua teknologi ini telah mengubah cara belajar, bersosial, berpolitik,bekerja dan menjalankan perniagaan.
Walaupun teknologi-teknologi ini suatu perkembangan yang positif, namun terdapat juga agenda yang tidak sihat berlaku seiring dengan perkembangan ini.
Istilah dunia tanpa sempadan (borderless world) telah melahirkan pelbagai aktiviti yang boleh dieksploitasi oleh penjenayah yang melakukan jenayah dalam ruang siber yang disebut “jenayah siber”.