Sesuatu data yang dimasukkan oleh pengguna daripada laman web boleh disimpan ke dalam pelayan dalam bentuk fail teks.
Sebagai contoh,apabila pengguna (user) memasukkan nama serta kata laluan, maklumat tersebut boleh disimpan dalam fail teks dalam komputer pelayan.
Untuk melakukan tugas sedemikian, kita akan menggunakan fungsi "fopen" sebagai arahan yang akan dilaksanakan dalam pelayan.
Skrip Hypertext Preprocessor atau PHP dilaksanakan oleh komputer pelayan. PHP menyediakan keupayaan pengaturcaraan untuk memproses sesuatu tugas dan akan dilaksanakan oleh pelayan.
Sebelum sebarang operasi terhadap fail teks dilaksanakan, fail teks tersebut mestilah dibuka terlebih dahulu.
Berikut merupakan sintaks untuk mencipta/membuka fail teks, iaitu menggunakan fungsi "fopen" yang akan dimasukkan dalam laman web.
Mod capaian sebarang fail akan menentukan operasi yang boleh dilaksanakan oleh fail teks tersebut.