Kebanyakan laman web pada masa ini menghendaki pengguna mendaftar sebagai pengguna/ahli yang sah sebelum dibenarkan untuk mencapai data daripadanya.
Setelah pengesahan dilakukan, barulah pengguna dapat melayari laman web tersebut.
Contoh-contoh laman web yang memerlukan pendaftaran (sign up) adalah seperti laman web keahlian kelab/persatuan sekolah, laman web syarikat untuk pekerja-pekerja, laman web media sosial dan sebagainya.
Laman web tersebut hanya membenarkan perkongsian data atau maklumat seperti gambar, video,artikel dan lain-lain kepada ahli-ahli berdaftar sahaja. Dalam bahagian ini, kita akan membina laman web daftar (sign up) dan seterusnya laman web masuk (login) untuk pengguna berdaftar.