Litar elektronik di dalam komputer dibina dengan beribu-ribu get logik.
Get logik merupakan blok binaan asas litar bersepadu.
Get logik mempunyai dua input dan satu output.
Get logik menerima input dalam bentuk perduaan (0,1) dan juga menghasilkan output dalam bentuk perduaan.
Logik perduaan menggunakan dua keadaan, iaitu ‘0’ untuk tiada arus atau ‘arus rendah’ dan ‘1’ mewakili ada arus atau ‘arus tinggi’ dalam sistem elektronik digital.