Isihan pilih atau selection sort ialah satu algoritma dalam pengisihan suatu senarai.
Terdapat dua proses perbandingan yang boleh dilaksanakan untuk menukar kedudukan, iaitu:
Banding unsur dirujuk sama ada lebih besar daripada unsur terkecil (untuk turutan menaik)
Banding unsur dirujuk sama ada lebih kecil daripada unsur terbesar (untuk turutan menurun)
Kelebihan Isihan Pilih
Algoritma isihan pilih atau selection sort sesuai digunakan dalam membuat pengisihan sekiranya bilangan unsur adalah kecil.
Walaubagaimanapun, isihan pilih masih boleh digunakan apabila melibatkan bilangan yang kecil seperti menyusun pelajar mengikut ketinggian sewaktu beratur dalam kelas masing-masing.