Pada tahun 1945, John Von Neuman mendapat idea mencipta kaedah untuk menyimpan atur cara komputer dalam sistem komputer. Ideanya ialah atur cara dan data disimpan dalam ingatan dan digerakkan dari unit ingatan ke pemproses.Konsep ini dirujuk sebagai seni bina Von Neuman.
Terdapat tiga komponen utama dalam seni bina Von Neuman, iaitu CPU, ingatan, dan peranti input dan output.
Komponen-komponen ini dihubungkan dengan sistem bas.
Jam merupakan satu peranti cip dalam pemproses yang menjana denyutan elektronik pada kadar yang tetap bagi menyeragamkan semua operasi komputer.
Unit yang digunakan bagi menghitung kadar kelajuan jam dalam pemproses (clock speed measurement) ialah hertz.
Satu hertz ialah satu denyutan/kitaran per saat.
Jika CPU mempunyai kelajuan jam 160 Mhz,maka pemproses boleh memproses 160,000,000 kitaran mesin sesaat.
Satu arahan memerlukan satu kitaran mesin untuk dilaksanakan. Hal ini bermakna, komputer boleh melaksanakan 160 juta arahan dalam satusaat.
Lebih tinggi kelajuan hertz, lebih laju komputer tersebut.