Satu atur cara JavaScript mempunyai banyak barisan arahan yang dihimpunkan dalam satu blok kod yang dikenali sebagai modul .
Barisan arahan tersebut boleh dipecahkan mengikut tugas masing-masing dan dihimpunkan dalam modul yang berasingan yang dipanggil subatur cara.
Terdapat dua jenis subatur cara, iaitu:
Prosedur (procedure)
Fungsi (function)
Subatur cara akan menggunakan subatur cara lain bertujuan supaya kod pernyataan-pernyataan dalam subatur cara lain akan dilaksanakan.
Umumnya, hubungan dua subatur cara ialah pemanggil dan dipanggil. Subatur cara (pemanggil) memanggil nama subatur cara (dipanggil) dalam badan subatur cara (pemanggil)
Parameter ataupun argumen membolehkan prosedur dan fungsi menghantar nilai (pemanggil) dan diterima oleh prosedur dan fungsi yang dipanggil.
Ungkapan parameter rasmi (formal parameter) digunakan untuk merujuk parameter bagi subatur cara yang dipanggil.
Ungkapan parameter sebenar (actual parameter) pula digunakan untuk merujuk pemboleh ubah di dalam subatur cara pemanggil.
Fungsi (function) akan mengembalikan kawalan kepada pemanggil. Sesetengah fungsi (function) bukan sahaja mengembalikan kawalan tetapi juga mengembalikan nilai.