Pemilihan dan penggunaan data yang sesuai amat penting dalam sesebuah atur cara supaya atur cara dapat dibangunkan tanpa ralat sintaks.
Jenis data bagi pemboleh ubah dan pemalar yang menentukan jenis maklumat akan disimpan dalam ruang ingatan yang diperuntukkan.
Penggunaan jenis data yang sesuai juga berfungsi sebagai penanda aras kepada sesuatu pemboleh ubah itu sama ada pemboleh ubah tersebut menyimpan data yang tetap, data yang boleh dikira, huruf, nombor perpuluhan atau data yang mempunyai pilihan benar atau palsu.