Kriptografi (Cryptography ) merupakan satu cabang dalam bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang amat penting terutamanya untuk menangani masalah dalam bidang keselamatan data agar pengguna selamat daripada dipintas oleh pihak ketiga semasa melalui proses seperti urus niaga perbankan dalam talian, log masuk laman web dan sebagainya.
Perkara ini boleh dilakukan dengan proses seperti penyulitan data bagi melindungi privasi data pengguna.
Caesar Cipher ialah salah satu bentuk penyulitan yang paling mudah.
Caesar Cipher merupakan cipher penggantian (substitution), iaitu setiap huruf teks biasa (plaintext ) digantikan dengan huruf yang sepadan dengan huruf dalam abjad (A–Z).