Ukuran kelajuan komputer melaksanakan sesuatu tugasan bergantung kepada keupayaan pemprosesnya.
Komponen pemproses sentiasa dikaji dari segi teknologi pembuatan litar logiknya supaya dapat memproses data dengan kadar kelajuan yang tinggi.
Pemprosesan linear juga dikenali sebagai pemprosesan bersiri, iaitu pemproses memproses data dan arahan secara berjujukan
Pemproses memproses data dan arahan mengikut kitaran mesin, iaitu capai(IF)-nyahkod(ID)-laksana(EX) dan langkah ini diulangi sehingga data dan arahan selesai diproses.
Pemproses linear hanya sesuai untuk melaksanakan arahan yang ringkas.
Pemprosesan semasa juga dikenali dengan nama pemprosesan tidak linear atau pemprosesan selari.
Pemproses ini boleh dikonfigurasikan bagi melakukan pelbagai tugas dalam satu masa (multitasking). Pemproses semasa mampu melaksanakan beberapa arahan secara serentak dengan menggunakan teknik talian paip (pipelining).
Teknik ini digunakan sebagai salah satu kaedah untuk mempertingkatkan prestasi pemproses semasa. Teknik ini membenarkan pemprosesan arahan-arahan secara bertindih (overlapping) .