Litar bersepadu ialah litar elektronik yang terdiri daripada gabungan komponen elektronik (transistor, perintang, diod dan kapasitor) yang perlu untuk melaksanakan pelbagai fungsi get logik.
Get-get ini disambungkan menjadi satu litar yang lengkap dan dikecilkan beribu-ribu kali ganda daripada saiz asal, kemudian ditempatkan pada satu kepingan silikon dan dinamakan cip atau cip mikro (serpihan).
Lembaran emas digunakan untuk menyambung serpihan pada pin-pin litar bersepadu.
Perumah plastik atau logam biasanya digunakan untuk melindungi serpihan agar tidak rosak.
Semakin banyak pin pada litar bersepadu,semakin banyak fungsinya.