Pada peringkat awal, komputer beroperasi secara sendirian (stand alone). Perubahan berlaku dengan mewujudkan hubungan antara komputer dengan komputer atau peranti lain. Kemudian, perubahan ini dilanjutkan kepada konsep rangkaian yang bermula dengan rangkaian kawasan tempatan (LAN), rangkaian kawasan luas (WAN) dan seterusnya terciptanya Internet.
Kajian sentiasa dilakukan untuk mencipta jenis dan bentuk storan yang lebih baik bagi memenuhi keperluan penggunaan semasa seperti menambah kapasiti storan, bahan binaan cakera, saiz peranti dan kelajuan yang mempengaruhi inovasi dalam teknologi storan.
Komputer beroperasi dengan adanya sistem pengoperasian. Sistem pengoperasian mengawal operasi keseluruhan sistem komputer.Dengan perkembangan pesat dalam teknologi sistem perisian dan teknologi rangkaian, maka terciptanya sistem pengoperasian (Operating system – OS) untuk pelayan (server) komputer bagi mengawal rangkaian.
Selain komputer, OS juga digunakan untuk peranti lain, seperti alatan mudah alih (mobile devices), contohnya Android, iOS dan BlackBerry.
Kesan inovasi dalam teknologi rangkaian, teknologi storan simpanan dan sistem pengoperasian telah merangsang perkembangan sistem dalam talian.
Contohnya, mewujudkan sistem e-perbankan, sistem e-dagang, sistem hiburan elektronik, sistem e-pembelajaran, e-kerajaan,perundangan dan jaringan telekomunikasi tanpa batasan
Jenayah siber boleh didefinisikan sebagai penyalahgunaan teknologi pengkomputeran dan Internet bagi melaksanakan aktiviti jenayah, iaitu merosakkan, mencuri atau mengubah data dalam sistem komputer bagi tujuan tertentu.
Jenayah yang dilakukan akan memberikan kesan negatif atau kerugian kepada mangsa.