Untuk membina laman web yang baik, perhatian yang lebih perlu diberikan untuk menentukan cara maklumat dalam laman web tersebut dapat dicapai dan pendekatan yang sesuai bagi pengguna untuk mendapatkan maklumat.
Semasa mereka bentuk kerangka aplikasi yang ingin dibangunkan, terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan
Dalam proses pembinaan laman web, setiap reka bentuk yang bakal dihasilkan perlu berasaskan pengguna atau pengalaman pengguna semasa melayari laman web.
Penglibatan pengguna semasa proses pengumpulan maklumat adalah sangat penting untuk memastikan laman web yang dibina mampu memenuhi kehendak mereka.
Antara kaedah yang boleh digunakan bagi mendapatkan input daripada pengguna adalah seperti mengadakan sesi temu bual dengan pengguna,mengedarkan borang kaji selidik kepada sasaran pengguna atau membuat tinjauan cara laman webdigunakan oleh pengguna.
Antara langkah dalam reka bentuk maklumat:
Membentuk inventori maklumat : Senarai atau inventori tersebut bukan sahaja terhad kepada jenis maklumat yang akan dimasukkan, malah perkara yang boleh dilakukan oleh pengguna juga perlu disenaraikan. Hal ini dikatakan demikian kerana senarai atau inventori akan memberikan idea kepada fungsi yang perlu ada dalam laman web tersebut.
Pengelasan maklumat : Maklumat atau informasi ialah suatu yang subjektif dan corak pengelasan maklumat boleh berbeza-beza bergantung pada perspektif pereka web.Kaedah terbaik yang dapat dilaksanakan adalah dengan menggunakan gambar rajah atau carta alir bagi menunjukkan hubung kait bagi setiap kategori maklumat yang ada. Secara tidak langsung, ini juga mampu memberikan idea atau gambaran kasar tentang corak pautan laman web yang bakal dibina.
Penstrukturan halaman pula menekankan cara setiap halaman dalam laman web tersebut dihubungkan.
Kebiasaannya,pereka bentuk maklumat yang profesional akan menggunakan gambar rajah tapak (site diagram) sebagai alat untuk menyampaikan struktur laman web ini kepada klien dan sebagai panduan sepanjang proses pembangunan laman web.
Reka bentuk antara muka menentukan bagaimana struktur laman web secara logikalnya digambarkan termasuk teknik navigasi yang memandu kepada pergerakan pengguna dalam laman web.
Pereka bentuk antara muka biasanyaakan menggunakan diagram atau carta alir bagi menggambarkan reka bentuknya.
Rangka wayar (wireframe) atau juga dikenali sebagai skema halaman atau pelan halaman ialah panduan visual yang mewakili rangka kerja keseluruhan laman web.
Tujuan rangka wayar dibuat ialah untuk menyusun elemen-elemen yang akan dimasukkan dalam laman web bagi menepati konsep laman web tersebut.
Terdapat pelbagai teknik navigasi yang boleh dipilih oleh pereka web. Antaranya seperti: