Undang-undang siber merupakan peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di sesebuah negara untuk memberikan hukuman kepada pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan dalam talian.
Bagi menangani isu jenayah siber, tiada organisasi,agensi atau negara yang mampu mengekang dan mempertahankan negara daripada serangannya secara persendirian.
Negara membangun,seperti Malaysia boleh merujuk pengalaman daripada negara yang lebih maju seperti Australia, Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk menganalisis undang-undang bagi pendakwaan kes jenayah siber yang semakin kompleks.
Perbezaan undang-undang siber antara negara tidak ketara kerana wujudnya usaha sama antara agensi kerajaan dengan agensi negara lain untuk menangani jenayah komputer yang merentas sempadan antarabangsa.
Pelaksanaan hukuman dan cara penguatkuasaan bergantung pada polisi pemerintahan sesebuah negara.