Penggunaan teknologi maklumat pada masa ini semakin meluas dan penting dalam kehidupan seharian manusia.
Persekitaran seperti sekolah, universiti, perpustakaan, bank, pasar raya dan pelancongan sentiasa berinteraksi dengan data.
Dengan kecanggihan teknologi maklumat masa ini, semua data disimpan dalam pangkalan data.
Data ialah nadi sesuatu organisasi. Pangkalan data boleh membantu sesuatu organisasi lebih terurus supaya dapat meningkatkan produktiviti.
Anda kini boleh menyimpan dan mencapai data dari mana-mana tempat di dunia dengan menggunakan komputer, telefon pintar dan tablet.