Count mengira bilangan nilai yang terdapat dalam suatu senarai.
Untuk mengira dan mendapatkan nilai count, yang berikut ialah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan:
Menggunakan suatu perwakilan sebagai pembilang dan memberikan nilai awalan pembilang sebagai 1.
Nilai count dikira dengan menambah pembilang dengan 1 bagi setiap nilai yang dicapai atau dirujuk (Formula: pembilang =pembilang + 1).
Memaparkan nilai akhir pembilang, iaitu nilai count.