Reka bentuk jadual hubungan perlu memenuhi pertimbangan seperti yang disenaraikan di atas.
Perkara ini dilakukan secara sistematik. Setelah mengenal pasti entiti-entiti, atribut-atribut, hubungan antara entiti dan kardinaliti melalui ERD, langkah yang seterusnya adalah menghasilkan set hubungan
Set hubungan ialah set atribut dalam jadual hubungan.
Set hubungan disediakan semasa proses merancang dan mereka bentuk pangkalan data yang menggambarkan entiti-entiti yang hendak disimpan, atribut yang diperlukan dan hubungan antara entiti tersebut.
Set hubungan dihasilkan daripada ERD dan boleh dinyatakan dalam dua format, iaitu:
Penyataan teks
Perwakilan grafik