Sesuatu maklumat yang telah disimpan dalam pangkalan data boleh diperoleh semula dengan menggunakan mekanisme Pertanyaan (Query).
Struktur pertanyaan yang digunakan kepada pangkalan data akan menggunakan format yang telah ditetapkan dan kebanyakan sistem pengurusan pangkalann data menggunakan Structured Query Language (SQL).
Penggunaan pertanyaan ini akan mencari serta menyusun data daripada satu atau lebih jadual (table).
Terdapat beberapa fungsi kendalian dalam pertanyaan ini bagi memudahkan pencarian data berdasarkan kriteria carian yang boleh digunakan.
Terdapat dua jenis pertanyaan iaitu:
(i) Pertanyaan Tindakan – bentuk pertanyaan yang akan menjalankan tugas bersama-sama data yang sedia ada dari pangkalan data. Antara bentuk tindakan adalah seperti mencipta jadual baharu,menambah, mengemas kini atau menghapuskan data dalam jadual.
(ii) Pertanyaan Memilih – bentuk pertanyaan yang akan mengambil data yang sedia ada dari pangkalan data untuk digunakan. Hasil dari pertanyaan boleh dipaparkan pada skrin, dicetak atau disalin/disimpan.