Integriti data bermaksud kesempurnaan, ketepatan dan kesahan data (validation) serta merujuk ketepatan data yang sah melalui keseluruhan kitaran hayat data.
Untuk memastikan integriti data, input bukan sahaja mesti tepat tetapi mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Integriti entiti: Jadual mempunyai sekurang-kurangnya satu atribut data yang unik bagi setiap rekod. Contoh: Nombor murid mesti unik.
Integriti rujukan: Rekod-rekod dalam dua jadual yang berbeza boleh dihubungkan melalui perkongsian atribut data yang sama. Sekiranya tiada hubungan antara rekod, atribut tersebut dibiarkan kosong. Sekiranya terdapat hubungan antara dua rekod tersebut, atribut dalam kedua-dua jadual berkongsi nilai data yang sama.
Integriti domain: Atribut-atribut data dalam jadual mestilah betul dengan berasaskan suatu domain masalah.
Kenapa perlunya integriti data?
Data yang lemah integriti mungkin korup atau hilang. Data yang korup ialah data yang terubah (secara tidak sengaja) daripada nilai asalnya.
Untuk mengelakkan perubahan yang tidak sengaja kepada maklumat.
Penting untuk memastikan tiada ralat dalam kemasukan data.
Ketekalan merujuk konsistensi ataupun keseragaman data yang akan mempengaruhi kebolehpercayaan data.
Untuk memastikan ketekalan data, proses kemas kini salinan data di semua lokasi simpanan perlu dilakukan dengan rapi.
Kepentingan ketekalan data:
Untuk memastikan data yang diperoleh boleh dipercayai dan tidak dipersoalkan.
Untuk memastikan tiada isu ketekalan data timbul seandainya datayang sama berulang di beberapa lokasi simpanan.
Kelewahan data merujuk pertindihan data yang berpunca daripada salinan data yang berulang tetapi di lokasi yang berlainan.