Setiap atribut dalam jadual bergantung kepada atribut kunci primer.
Menganalisis kebergantungan membolehkan sesebuah jadual dipecahkan kepada beberapa jadual hubungan yang lebih kecil untuk mengurangkan kelewahan data tanpa menjejaskan integriti rujukan.
Proses ini disebut penormalan dan memahami konsep kebergantungan amat penting untuk proses ini.
Jenis-jenis kebergantungan
Kebergantungan fungsi sepenuh
Kebergantungan fungsi separa
Kebergantungan fungsi transitif
Untuk memahami dengan lebih lanjut, pertimbangkan contoh dalam Rajah 2.34.
Jadual ini adalah jadual buku pinjaman untuk merekod butiran murid yang meminjam dan tarikh hantar buku tersebut.
Dalam jadual ini, atribut-atribut Kod Buku dan ID Murid sahaja merupakan kunci primer.
Berlaku apabila atribut-atribut bergantung sepenuhnya kepada kesemua atribut kunci dalam jadual.
Perhatikan bahawa atribut Tarikh Hantar bergantung kepada dua kunci primer iaitu Kod Buku dan ID Murid.
Sekiranya tiada salah satu kunci primer, Tarikh Hantar buku tidak dapat ditentukan.
Jadi, Tarikh Hantar mempunyai kebergantungan fungsi sepenuh kepada kedua-dua kunci primer.
Satu lagi kebergantungan fungsi sepenuh adalah antara TarikhPinjam dengan kunci primer NoBuku dan IDPeminjam.
Berlaku apabila atribut-atribut bergantung kepada salah satu daripada atribut kunci dalam jadual.
Perhatikan juga bahawa dalam Rajah 2.36, atribut Nama Buku bergantung kepada Kod Buku sahaja dan bukan kedua-dua Kod Buku dan ID Murid.
Jadi, Nama Buku mempunyai kebergantungan fungsi separa kepada kod Buku.
Berlaku apabila atribut-atribut bergantung kepada atribut biasa yang lain dalam jadual.
Kebergantungan fungsi transitif ialah kebergantungan yang tidak melibatkan mana-mana atribut kunci primer dalam jadual Rajah 2.37.
Jadi, kebergantungan di antara atribut Nama Murid dengan atribut NoTelefon Bimbit adalah jenis kebergantungan fungsi transitif.
Dalam contoh yang diberikan, memang diketahui secara umum bahawa No Telefon Bimbit adalah unik kepada pemiliknya.
Oleh itu, adalah munasabah jika kebergantungan wujud di antara Nama Murid dan No Telefon Bimbit.