Setiap laman web ialah fail teks yang ditulis menggunakan Hypertext Markup Language atau HTML. Markup Language ialah bahasa yang menghuraikan kandungan dan struktur dokumen. Anda boleh mengandaikan HTML sebagai rangka yang memandu kepada struktur setiap laman web.
Elemen HTML iframe digunakan untuk memaparkan dokumen HTML lain dalam dokumen HTML semasa yang dipaparkan. Atribut src, height dan width digunakan bagi menentukan saiz paparan pada iframe.
Elemen HTML iframe digunakan untuk memaparkan dokumen HTML lain dalam dokumen HTML semasa
https://www.w3schools.com/code/tryit.asp?filename=GDZG9D3GERDO
Elemen heading ialah elemen yang digunakan bagi mentakrifkan “tajuk” dalam laman web. Terdapat enam peringkat heading yang ditakrifkan dalam HTML, iaitu bermula daripada “<h1>” digunakan bagi tajuk besar atau penting hingga “<h6>” untuk tajuk kecil atau kurang penting.
elemen <header> digunakan untuk memaparkan pengenalan kandungan bagi suatu laman web atau pautan navigasi.
Elemen <header> biasanya mengandungi:
Satu atau lebih elemen <heading> (<h1> – <h6>)
Logo atau ikon
Maklumat pengarang
https://www.w3schools.com/code/tryit.asp?filename=GDZGHMQF9IG6
Bagi menyusun teks dalam bentuk perenggan, elemen “<p>” digunakan dalam HTML
Bagi memaparkan grafik dalam laman web, elemen <img> digunakan. Elemen <img> ialah empty element, iaitu elemen ini tidak memerlukan close tag.
Atribut src digunakan bersama <img> tag untuk menentukan URL atau alamat imej tersebut diambil.
Selain itu, atribut seperti width dan height juga boleh digunakan bersama bagi elemen ini untuk menetapkan saiz paparan grafik yang dipaparkan seperti yang dikehendaki.