Carian perduaan (Binary search) sesuai digunakan apabila melibatkan bilangan data yang banyak dan telah diisih.
Terdapat tiga proses perbandingan yang boleh dilaksanakan, iaitu:
Bandingkan unsur di tengah sama ada sama dengan unsur yang dicari.
Bandingkan unsur di tengah sama ada lebih kecil daripada unsur yang dicari.
Bandingkan unsur di tengah sama ada lebih besar daripada unsur dicari.