Semasa membangunkan atur cara penskripan klien, murid boleh melaksanakan proses pengisihan, pencarian, mencari nilai maksimum,minimum dan mengira purata serta bilangan unsur dalam sesuatu atur cara.
Suatu senarai unsur adalah lebih baik diisih untuk memudahkan pencarian agar paparan akan menjadi lebih kemas.
Suatu atur cara komputer perlu mengikut turutan arahan untuk melaksanakan proses pengisihan.