Komputer akan melaksanakan tugas dengan mengikut arahan atau set kumpulan arahan yang ditulis oleh pengatur cara dengan menggunakan pelbagai jenis bahasa pengaturcaraan.
Bahasa pengaturcaraan boleh dikategorikan kepada dua aras.
Tugas penterjemah adalah untuk menukarkan arahan dalam bentuk yang difahami manusia kepada bentuk yang difahami mesin, iaitu daripada bahasa pengaturcaraan aras tinggi dan rendah kepada bahasa mesin sebelum atur cara dilaksanakan.
Proses penterjemahan bahasa aras tinggi dilakukan sama ada oleh pengkompil (compilers) atau pentafsir (interpreter).
Pengkompil menukarkan seluruh kod sumber atur cara ke kod mesin sebelum dilaksanakan.
Pentafsir menukar kod sumber atur cara mengikut baris demi baris dengan satu baris dalam satu masa. Pentafsir adalah lebih interaktif berbanding dengan pengkompil.
Bahasa himpunan diterjemahkan kepada bahasa mesin oleh Assembler.